Saturday, September 21, 2013

Mr. J yang bahaya.


Apa itu Mr. J?

Ni bukan masterji okay. Ni Mr. J,

Mr Jahiliyyah.

Jahiliyyah ni bagaikan hantu yang menakutkan hati para penghijrah yang dalam proses untuk berubah. Actually nak berubah ni bukan sekejap ataupun bermusim. Tapi kita sebagai hamba Allah yang penuh kekurangan, setiap hari kena cuba perbaiki diri. Kerana belum tentu karat jahiliyyah itu dah bersih dari hati.

Macam mana nak tinggalkan, ceraikan, dan talakkan Mr. J?

Firstly, kita kena tahuuuu Mr. J tu yang mana. Bukan cari orang yang namanya ada huruf J. Tapi kita kena tahu apa perbuatan kita yang sebenarnya dan kita boleh cakap “HAAA NI LAH MR. J!”
Seperti lipas. Kalau kita tak tahu yang lipas tu kotor, mesti kita takkan menjerit bila kita nampak dia. Mesti kita takkan bunuh lipas tu bila kita jumpa dia. Dan mesti kita takkan jauhi dia bila dia duduk dengan kita. Yelah, sebab kita tak tahu so buat biasa jelah kan. *maaf cik lipas kalau kecil hati.

Haaa. Kalau dah tahu yang mana spesies Mr. J, kita akan lagi peka untuk menjauhi dan membunuh mereka!

Macam mana nak tahu tu Mr. J?

Apa-apa perbuatan yang membawa ketidaktenangan dalam hati, perbuatan yang membawa kita jauh dari Allah, perbuatan yang ada unsur negative dan perbuatan yang tiada faedah, sebenarnya itulah Mr. J. so untuk mengetahui itu semua, kita kenalah sentiasa MUHASABAH diri kita. Rendahkan hati dan berani mengaku kesalahan diri. Bukan mengaku pada kawan katil sebelah, tapi mengaku pada diri kita sendiri, dan pada Allah.

Secondly, listkan sikap-sikap dan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan Mr. J. Dan pastikan kita sentiasa ingatkan diri kita untuk menjauhi dan memperbetulkan perkara tu. Lepas tu kita koyakkan kertas tu and buang dalam tong sampah. Dan bayangkan seperti kita dah buang perkara-perkara buruk tu dari dalam diri kita.

Thirdly, bukan dengan buang kertas tu bermaksud kita sikap buruk tu dah hilang. Ohoii kalau macam tu semua orang confirm jadi baik terus sebab senang sangat. So, kita kenalah tanamkan azam yang kuat kental lagi padu untuk berubah kepada yang lebih baik. Kalau tak dapat buat sekaligus, buat sikit-sikit. Yang penting, jangan hari ni sedar tapi esok keep doingthe same thing. Kena tegas pada diri sendiri dan jangan manja!


Fourthly, tajdid niat kita, kerana Allah. Bukan kerana orang lain, bukan kerana terikut-ikut, bukan kerana nak menunjuk, bukan kerana nak dapat pasangan soleh. Eheh! Tapi kerana Allah, sebab kita nak dapatkan redha Allah, nak dapatkan cinta Allah, dan kerana kita nak menjadi Muslim yang sebenar dan nak menegakkan Islam itu sendiri. Sesuatu yang kita buat bukan kerana Allah, itu tidak dianggap sebagai ibadah. Dan kalau bukan ibadah, semestinya ia sia-sia. T_T

"Dan milik Allah lah segala yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga).

(Iaitu) mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, selain daripada kesalahan-kesalahan yang kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas KeampuananNya, Dia mengetahui tentang kamu sejak Dia menjadikan kamu dari tanah dan semasa kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa." (Surah Al-Najm: 31-32)

jangan pernah menganggap diri kita sudah baik dan bebas dari karat jahiliyyah sehingga kita rasa tak perlu berubah lagi. tarbiyyah bukan bermusim, tapi tarbiyyah adalah sepanjang hidup. and everything begins with tarbiyyah.

semoga Allah ampunkan dosa saya, kamu, semua muslimin dan muslimat. dan semoga ini menjadi peringatan untuk diri saya juga.

marilah kembali kepada fitrah kita, iaitu Islam.

to be continued..

                            

Friday, September 20, 2013

Logam dan telur ayam


Bismillahirrahmanirrahim..

ditulis dengan rasa rendah diri kerana saya hanyalah manusia biasa dan bukanlah pelajar yang mengambil jurusan agama di universiti. tapi saya cuba untuk berkongsi apa yang saya dapat supaya kita dapat rasa kebasahan celupan agama Allah yang menenangkan hati ini. *senyum

“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baik juga dia ketika Islam, sekiranya mereka faham” (Bukhari dan Muslim)

Hadith ni pernah jugak kakak usrah bagitahu. Tapi masa tu tak kupas sangat. And then masa pergi daurah ISK (Ini Sejarah Kita) a few weeks ago, barulah dia kupas and dalami hadith ni. okay. Daripada hadith ni, kenapa disebutkan manusia itu ibarat logam?

Kalau kita belajar dalam chemistry, metal iaitu logam kan ada banyak jenis, dan setiap jenis tu ada kelebihannya sendiri. Setiap satu logam ni ada nilainya dan boleh dibentuk untuk digunakan mengikut tujuan dalam kehidupan sekarang. Dan logam ni saling melengkapi antara satu sama lain bila ada chemical bonding dan sebagainya. Okay. Sekarang bukan nak belajar chemistry ya. Tapi nak relate logam dengan manusia ni, sama juga lah macam kita manusia, setiap manusia Allah jadikan ada kelebihannya masing-masing. Dan kelebihan yang manusia ada ni boleh dimanfaatkan untuk orang lain juga. Cuma, manusia sendiri yang kena cari logam dia, cari kelebihan dia. Hmmm. Apa kelebihan kita? *angkat kening sikit

Baiknya dia ketika jahiliyyah, baik juga dia ketika di dalam Islam pula apa maksudnya?
Sebagai contoh mudah, mungkin kita ada bakat melukis, dan masa tu kita selalu lukis kartun-kartun macam doraemon, sin chan, naruto, barbie, hagemaru dan sebagainya. Tapi bila kita sedar bahawa kita perlu sumbangkan sesuatu untuk Islam, kita gunakan bakat melukis kita tu untuk melukis komik yang diselitkan dakwah di dalamnya. Lukisan-lukisan kita tak lain hanya sebagai tazkirah kepada orang lain.

Contoh dalam kisah sahabat Rasulullah SAW, Saidina Umar Al Khattab RA. Semasa jahiliyyah beliau terkenal dengan sifatnya yang garang, keras, dan kuat malah kelebihannya itu digunakan untuk menghalang dakwah menyebarkan Islam ketika itu. Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam, kelebihannya itu digunakan untuk menyebarkan Islam malah dia digeruni oleh musuh-musuh Islam kerana sifatnya yang garang itu.

Sekiranya mereka faham?

Haa. Sekiranya kita faham, kita akan gunakan kelebihan kita itu ke arah kebaikan, untuk berdakwah kepada orang lain. Mungkin dulu kita suka tulis blog yang menceritakan mak jemah belakang rumah pakai kereta warna apa, tapi sekarang kita tukar gaya penulisan dengan menceritakan tentang bagaimana memupuk sifat suka bersedekah. Sebab kita faham yang lebih baik kita gunakan blog tu untuk berdakwah dan sebagainya.

Macam dulu kita buat berbisnes dan kita jual baju-baju tak cukup kain. Lepas kita berubah, mungkin kita boleh gunakan kelebihan itu dengan menjual baju-baju longgar dan tudung-tudung labuh kepada muslimah. Sebab kita faham lebih baik kita menjual pakaian yang menutup aurat dna meberikan harga murah kepada muslimah sekaligus mungkin dapat menambah akaun pahal kita sebagai bekalan ke kampong akhirat nanti.


telur putih akan membekalkan nutrien dan bekalan-bekalan yang diperlukan telur kuning untuk membentuk anak ayam sebelum telur itu menetas. kiranya, dari telur kuning tulah akan terhasilnya anak ayam yang comel lote. 

apa kaitannya?

secara analoginya, telur kuning menggambarkan kita sebagai manusia. dan telur putih menggambarkan logam yang ada dalam diri kita. jika manusia dibekalkan logam yang secukupnya dan logam itu digunakan dalam diri, maka akan terhasil lah produk yang bermanfaat dan comel lote jugok.

Ni ulasan dari apa yang saya dapat dan fahami. Maaf salah dan silap serta segala kekurangan kerana saya pun masih belajar lagi. mari kita cari logam kita dan gunakan untuk menyebarkan ke-awesome-an Islam jom!

Friday, June 28, 2013

Ramadhan datang lagi!!!



Bismillahirrahmanirrahim...

Segala Puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW..

Kali ni I wanna share about what I got from ta'lim entitled "Tarhib Ramadhan" last two nights. Sharing is loving right?  Ahaa. Semoga bermanfaat. :)

Menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan, Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Wahai segenap manusia, telah datang kepada kalian bulan yang agung penuh berkat bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai kewajiban, dan qiam di malam harinya sebagai sunnah. Barangsiapa menunaikan ibadah yang difardhukan, maka pekerjaan itu setara dengan orang mengerjakan 70 kewajipan. Ramadhan merupakan bulan kesabaran dan balasan kesabaran adalah syurga. Ramadhan merupakan bulan santunan, bulan yang di mana Allah melapangkan rezeki setiap hamba-Nya. Barangsiapa yang memberikan hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa, maka akan diampuni dosanya, dan dibebaskan dari belenggu api neraka, serta mendapatkan pahala setimpal dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa tersebut.” (HR Khuzaimah)

Ramadhan datang lagi! \^^/

Apa persiapan kita? Ke cuma menunggu ramadhan baru nak tingkatkan momentum ibadat? Ke tunggu ramadhan baru nak berpuasa? Tahajud? Baca Al quran?

Sesungguhnya, jangan lah tunggu ramadhan baru kita nak jadi hambaNya, tetapi preparelah awal2 untuk meraikan bulan Ramadhan supaya momentum ibadat kita tetap maintain even after ramadhan nanti.

Okay. Apa preparation untuk menyambut bulan Ramadhan ini?

FIRSTLY, Kita mestilah menyiapkan jiwa dan mental kita. Hadirkan perasaan rindu kepada bulan ramadhan. Berdoa kepada Allah supaya kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan yang penuh barakah ini.

"Allahumma Barik lana fi Rajab wa Sha'ban wa ballighna ila Ramadhan"


Para sahabat juga, ternanti nanti akan bulan ini. Malah 6 bulan selepas Ramadhan mereka masih merindukan bulan ini dan sentiasa berdoa agar Allah menerima amalan mereka pada bulan ramadhan yang lepas dan menemukan mereka dengan bulan Ramadhan yang akan datang. See, mereka sangat merindukan bulan ramadhan dan mengharapkan rahmat Allah supaya dipertemukan lagi dengan bulan ini. How about us? Adakah bila masuk rejab, syaaban je baru kite teringat, "Oh. Dah nak ramadhan!" *angkat2 kening.


Allah juga akan memberi ganjaran kepada orang mukmin sebelum mereka bertemu dengan Ramadhan jika mereka berdoa dan ingin bertemu dengan bulan ini. How Allah is sooo merciful to us.


SECONDLY, buat plan dengan baik untuk bulan ramadhan. Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun kepada Allah kerana bulan ini juga merupakan bulan penghapus dosa. Kumpul pahala bebanyak. siap sedia dengan mutabaah amal kita dan tekad supaya kita dapat penuhkannya setiap hari. Plan bebaik kasi mantap supaya kita lebih bersemangat untuk memperhambakan diri kepada Allah.

THIRDLY, kita juga digalakkan untuk berdoa supaya Allah memberikan kesihatan yang baik kepada kita.

Allahumma salimni ila Ramadhan.
Kerana apa? Kerana supaya kita dapat menunaikan ibadah dan diberi peluang untuk meningkatkan amalan kita ketika bulan ini. Kalau sakit, demam, mesti kita akan lemah dan kurang semangat untuk terawih, dan mungkin kita tak dapat menunaikan amalan puasa jika kesihatan tak mengizinkan. Rugi dan menyedihkan bukan?  so, banyakkan berdoa supaya kita diberi kesihatan yang tip top pada bulan ramadhan ini!


"Jika kamu mahu Allah selamatkan kamu ketika kamu kesulitan, maka perbanyakkanlah doa ketika waktu lapang"

FOURTHLY, perbanyakkan baca Al Quran dan mentadabburnya supaya kita dapat melatih diri meningkatkan bacaan kita ketika bulan ramdhan. At least, target sekali khatam dalam bulan ramadhan. Moreover, bulan Ramadhan kalau kita membaca Al Quran, Allah akan gandakan pahala bagi bacaan kita itu.

Imam Bukhari khatam Al Quran 1 kali sehari. Imam Syafie pula khatam Al Quran 60 kali sebulan. Imam syukbah pula telah khatam 18000 kali seumur hidup.

Memang susah bagi kita. Tapi berusahalah untuk mendekatkan diri kepada Al Quran. Sahabat kepada al Quran itu ada dua.. pertama, orang yang menghafal Al quran dan yang kedua, orang yang mendampingi Al Quran.

Sesungguhnya amalan puasa dan Al Quran itu akan memberi syafaat kepada kita semasa di akhirat nanti. InshaAllah.

FIFTHLY, perbanyakkan berpuasa lebih2 lagi semasa bulan syaaban dan rejab. Supaya nanti bila dah ramadhan kita akan lebih bertenaga dan dah terbiasa dengan berpuasa. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Gittuu.

Tapi lagi best kalau kita practice untuk istiqamah berpuasa setiap hari isnin dan khamis, serta pada hari ke 13, 14 dan 15 dalam bulan hijrah. ana pun selalu sangat bg alasan bila nak puasa isnin khamis. Kikiki. Rugi betei kalau tak rebut peluang tu. Jom sesama audit diri lepas ni.

LASTLY, buat persiapan dengan pemahaman ke atas bulan ramadhan ini. Fahami rukun puasa, perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat dan makruh ketika berpuasa etc. Mungkin memang kita dah tahu, tapi pengulangan itu penting sebagai tazkirah kepada diri supaya kita tak lupa.

Banyak lagi yang kita boleh persiapkan diri sebelum ramadhan ni. Ahaaa. Lagi berapa harii je lagi. Excited kan?  semoga kita diberi peluang untuk bertemunya. Anggaplah ramadhan ini adalah ramadhan yang terakhir. So lets grab the chances!

Semoga ramadhan ini tak menjadikan ibadat kita bermusim. Tapi ramadhan ini sebagai turning point untuk kita menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga bermulanya ramadhan, bermula juga lah penghijrahan diri kepada yang lebih baik. Semoga bila berakhirnya ramadhan nanti, kita akan maintain dan istiqamah sehingga bulan2 seterusnya dengan amalan yang kita buat ketika bulan ramadhan.

Kata para ulama',

“Jadilah kamu manusia Rabbani dan jangan kamu menjadi manusia Ramadhani”

Jaga diri, iman dan amal.
Allah loves all of you. ♥♥♥










Friday, June 21, 2013

Tazkirah? Ahh malas lahh.

Hari itu Tuan Pengarah tergopoh gapah dan memarahi setiausahanya kerana dia terlupa untuk menghadiri mesyuarat pagi itu.

 "Kenapa awak tak INGATKAN saya?!"

Hari itu juga seorang pelajar menjadi kelam kabut kerana dia TERLUPA untuk menyiapkan assignments yang perlu dihantar kepada pensyarahnya petang itu. Dia memarahi rakannya

"Kenapa awak tak INGATKAN saya?!"

Hari itu juga seorang anak terlupa akan hari jadi ayahnya. Lalu dia memarahi handphone nya kerana tidak berbunyi walaupun telah disetkan reminder di calendar

"Kenapa awak tak INGATKAN saya?!"

Eehhhh. Pandai2 hang lahh. -.-

--------------------------------------------

Okay. Kesimpulannya di sini, bukanlah kita perlu memarahi orang sekeliling kita mahupun handphone yang tidak bernyawa -.- bila kita lupa akan sesuatu. Kesimpulan yang ingin disimpulkan di sini adalah pentingnya PERINGATAN dalam hidup kita sebagai manusia. Pentingnya kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain.

Haaa. Itulah yang dilakukan di dalam TAZKIRAH. Tazkirah merupakan peringatan. Pentingnya tazkirah dalam hidup kita sebagai manusia yang lemah, hamba Allah yang sentiasa lupa, yang imannya sentiasa turun dan naik, bertambah dan berkurang.

Melalui tazkirah juga kita dapat mengingatkan diri kita sesama Muslim, juga sebagai perkongsian ilmu serta penambahan ilmu bagi yang tidak mengetahui. Melalui tazkirah juga kadangkala kita akan rasakan seperti kita ditegur secara halus oleh Allah yang Maha Penyayang yang ingin kita menjadi orang yang lebih baik.Kalau tiada tazkirah mungkin kita tidak tahu akan sesuatu yang tidak boleh kita lakukan.

Kalau tiada tazkirah mungkin kita tak tahu sunnah yang boleh kita amalkan. Kalau tiada tazkirah mungkin tak adanya ukhuwah yang terbina sesama rakan yang lain. Kalau tiada tazkirah mungkin sehari itu kita tiada muhasabah diri kita.

Itulah pentingnya tazkirah. Nampak macam kecil tapi besar maknanya dan manfaatnya. So kalau disuruh beri tazkirah atau mendengar tazkirah, janganlah lari pecut terbang ke tempat lain lagi. Rugi sangat rugi kerana kita akan terlepas nikmat berkongsi ilmu dan bersembang iman sesama rakan sebuku dan semeja.

Selamat bertazkirah. ^^

Monday, May 27, 2013

Jangan berkira sangat boleh?


“Akak..”

Amni menghadiahkan senyum simpul kepada kakak usrahnya. Di dalam hati sedang berkira-kira untuk berterus terang ataupun diam sahaja.

Kak Humaira kecil hati ataupun tidak ya kalau aku terus terang pada dia sekarang?”

Rakan bulatan gembiranya yang lain sudah pun keluar dari surau itu. Hanya tinggal dia dan naqibahnya sahaja. Surau itu sunyi kerana jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam. Pasti ramai pelajar lain juga sudah berada di dalam bilik pada waktu ini.

“Ya adik akak. Ada apa ya?”

Humaira sabar menanti perkataan daripada Amni. Seperti biasa, Humaira sentiasa akan berlembut terhadap anak buahnya. Itulah salah satu cara agar anak buahnya tidak kekok dengannya. Dekat, melalui hati.

“Erk.. Hmm...”

Jari Amni sibuk bermain di hujung tudung labuhnya.

“Sebenarnya.. Hee. Akak jangan kecil hati ya.”

Tangan Amni mencapai tangan naqibahnya.

“Sebenarnya.. Amni nak minta maaf sebab minggu lepas Amni tak datang usrah dan Amni langsung tak reply mesej akak. Bukan nak mengelak. Tapi Amni rasa bersalah.”

“Laaa. Kenapa pula Amni rasa bersalah? Amni ada buat silap ea? Haaa. Baik cakap cepat kat akak”

Humaira berwajah serius lalu menggenggam tangan Amni. Saja mahu mengusik Amni.

“Eeeii.. Bukan. Hee. Sebenarnya minggu lepas Amni tak datang usrah sebab Amni ada kuiz esoknya. Amni takut tak sempat belajar. So Amni saja tak mahu datang masa tu. Tapi kan kak... Hmm.. Sebenarnya Amni tak fokus sangat pun. Lama Amni belajar. Ulang-ulang, tapi Amni tak tenang. Mungkin sebab Amni asyik teringat pada bulatan gembira kita. Tapi Alhamdulillah la. Slow slow, Amni boleh tangkap juga apa yang Amni belajar. Hee. Maaf ya kak”

“Oh.. pasal tu.. Memang akak kecil hati pun sebenarnya dengan Amni.” 

Humaira terdiam. Senyumannya hilang.

“Ala akak. Maaf ya kak. Amni tak bermaksud nak kecilkan hati akak. Sorry kak”

Amni semakin dipagut rasa bersalah. Humaira senyum. Dia faham akan anak buahnya. Memang cepat rasa bersalah walau sebenarnya bukan salah dia.

“Ala. Akak gurau je lah. Lekluu. Haha.”

“Eeeii akak ni saja je nak mengusik. Hish. Tapi betul kak. Amni minta maaf ya”

Humaira meletakkan tangannya ke bahu Amni. Ditepuknya perlahan lalu kembali ke posisi asal.

“Jangan risau lah sayang. Akak tak marah pun. Apa yang Amni buat tu tak salah pun. Tapi.. rugi sikitlah.”

“Kenapa akak?”

“Kenapa? Sebab, macam yang Amni cakap tadi tu lah. Amni tak dapat focus. Hati pun tak tenang. Rugi sikitlah sebab masa Amni macam tak terisi sangat kat situ. Lagipun kan tak best bila hati kita kacau bilau. Hehe. Okay. Akak faham situasi Amni ni. mesti Amni confuse, nak bahagikan antara buku dan tarbiyah. Nak pergi usrah, tapi takut tak sempat study. Kalau tak pergi rasa rugi. Kan?

 Akak dah goreng dah dengan perkara macam ni dulu. Dulu akak pun macam tu jugak. Rasa takut nanti tak perform dalam pelajaran. Rasa kuiz lagi penting dari majlis ilmu dan bulatan gembira. Tapi lama-lama, akak rasa rugi sangat. Dan akak rasa macam, berkiranya akak tentang masa. Maaf ya kalau Amni terasa.”

Amni tersengih.

“Eh tak apa kak. Teruskan je. Amni ambil ini sebagai teguran.”

Bersemangat Amni mendengar penjelasan akak kesayangannya itu. Berlainan ibu dan ayah, tetapi sudah dekat seperti adik beradik kandungnya sendiri. Itulah penangan usrah!

“Macam ni. okay. Jom kita muhasabah diri kita sama-sama ya. Bila kita fikir balik, Dari pagi sampai petang kita sibuk dah dengan kelas, dengan buku. Kalau kita tak terfikir untuk luangkan masa kita untuk menghadiri majlis ilmu, atau bulatan gembira macam ni, at least sekali je seminggu. Sekali je kot. Hati kita akan rasa kosong je. Ketenangan hati yang kita capai tak sama macam bila kita hadiri taman-taman syurga ni. Allah beri kita masa tanpa berkira pun dengan kita. Allah bagi kita nikmat masa, tapi kadang-kadang kita lupa tentang Dia. Kita lupa untuk mentarbiyah diri kita. Kita hanya fikirkan kesenangan di dunia. Takut untuk bersusah payah di jalan dakwah dna tarbiyah ini. Ya. Hakikatnya, manusia sangat berkira. Lagi-lagi tentang masa. dalam sehari, Allah beri kita masa 24 jam. Kalau seminggu ada tujuh hari, banyakkan masa tu? Kenapa kita masih berkira untuk meluangkan masa sejam dua di jalan Allah? Sejam duaa je.”

Amni tekun mendengarnya. Memang benar apa yang naqibahnya katakan. Memang kena dengan batang hidung kemeknya itu.

“Dalam usaha untuk kita mentarbiyah diri kita, mesti satu masa kita akan rasa berat dan susah. Sebab rasa banyak lagi tanggungjawab yang kita pikul. Especially as a student. Tapi kita sebenarnya lemah. Lemah sangat. Kalau Rasulullah SAW tengok usaha kita untuk ke jalan Allah ni, haish. Malunya akak rasa. Lembik sangat. Manja apatah lagi. Susah payah sikit je. Bukan kena berperang ke apa kan. Hmm. Sikitnyaa usaha kita ni.”

Humaira tunduk merenung karpet. Hatinya bagai dijentik rasa sebak. Tidak tahu kenapa. Mungkin merasakan sedikit sahaja usaha yang dia korbankan di jalan dakwah dan tarbiyah ini.

“Bukannya buku itu tak penting sayang. Penting. Dalam kita berdakwah, kita kena juga beri contoh yang baik kepada orang lain. Kalau pelajaran kita kecundang, orang susah nak percaya pada kita. Takut perkara tu jadi fitnah pula dalam dakwah kita. Nanti orang fikir, ‘Eleh, dia tu cakap je lebih. Konon nak tunjuk perkara baik tapi belajar tah ke mana’. Haa. Ingat. Setiap apa yang kita buat, kita bawa nama Islam. Sebab tu lah, belajar nombor satu, tapi dakwah dan tarbiyah bukan nombor dua.

Macam yang akak cakap tadi, jangan berkira tentang masa. Ingatlah. Kita milik Allah. Masa yang kita gunakan ini juga adalah pinjaman daripada Allah kan sayang. So, buat apa kita berkira dengan masa. Kalau kita berkira, sebab kita nak belajar kita tak nak datang bulatan gembira, tak nak datang majlis-majlis ilmu, kita yakin ke waktu yang kita tak datang tu, kita dapat focus dan apa yang kita belajar betul-betul kita dapat hadam dalam diri kita masa tu? Ingat sayang. Ilmu pun dari Allah. Kalau kita berkira untuk luangkan masa di jalan Allah, macam mana kalau Allah berkira untuk bagi ilmu pada kita? Haa.. kan rugi tu?”

Tangan Amni ditepuk perlahan.

“Jangan risau. Masa yang kita spend kat jalan Allah tu, Allah akan gantikan balik pada kita. InshaAllah. Kadang-kadang, apa yang kita baca dalam satu atau dua jam tak masuk apa pun. Tapi bila kita tak berkira masa dengan Allah, Allah pasti akan tolong. Kadang-kadang, dalam 15 minit, kita boleh hadam apa yang biasanya kita baca dalam satu jam tau. Seriously, rasa dipermudahkan sangat waktu tu. Allah pun dah mention dalam Al-Quran. Dalam Surah Muhammad ayat yang ke 7, 

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” 

Jadi, kenapa kita nak ragu-ragu lagi dalam dakwah dan tarbiyah ni?”

“Subhanallah,” itu sahaja yang keluar dari bibir Amni.

“Tapi kan dik, jangan pula fikir, ‘Ala.. nantilah lepas usrah aku belajar. Kak Humaira cakap nanti Allah akan ganti balik masa aku. Tak apa lah. Tak payah belajar. Belajar last minute pun tak apa’. Haaa. Kalau macam tu akak pulak yang akan dipersalahkan kat sana nanti.”

Humaira ketawa.

“Kita kena bijak dalam menguruskan masa dan menjaga masa kita. Kalau dah tahu malam tu ada ceramah ke, usrah ke, siang tu kita dah belajar awal-awal. Kalau tak sempat habiskan, kita sambung lepas tu. Dalam 10 muwasofat tarbiyyah pun ada sifat teratur urusannya dan menjaga masa kan? Haa. Nampak tak sebenarnya kita tengah mentarbiyah diri kita tanpa sedar.

Tapi andai kata hati Amni kuat untuk tetap belajar waktu tu, Amni teruskan. jangan ragu-ragu. mungkin waktu lain Amni boleh join jugak. Belajar pun salah satu jihad kita di jalan Allah. Yang pernting niat kita. Ikut kata hati kita supaya kita lebih focus"

Senyum.

“Rasanya adik akak dah faham kan? Hmm. Ada lagi satu bonus. nanti bila Amni ada masa, Amni tadabburlah surah Al-Inshirah ya. Lepas tu baru Amni tahu kenapa akak relatekan surah ni dengan apa yang kita bincangkan sekarang”

Angkat-angkat kening.

“In sha Allah, kak. Jazakillahu khairan kathira ya ukhti.”

Amni memeluk naqibahnya. Sungguh dia bersyukur dikurniakan teman untuk dia bersembang iman dan tempat rujukan. Ah! Indahnya ukhuwah kerana Allah!

Sebelum mereka melangkah keluar, Humaira memegang tangan Amni.

“Ingat, selalulah tajdid niat. Buat sesuatu kerana Allah, untuk mendapatkan keredhaan Allah, ya?”



-KETENANGAN-


"Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya." (Surah Ali-'Imraan:159)


Thursday, March 21, 2013

sedikit pesanan untuk peninggal SPM.

 Bismillahirrahmanirrahim..

Ahaa. Hari ni merupakan hari yang membuatkan banyak jantung yang meronta ronta untuk keluar dan berkompang kompang dalam dada ramai hamba Allah. Ye. Tarikh yang sama juga seperti setahun yang lalu. Tapi masa tu aku tak rasa pape. Dan tak tahu kenapa. Maybe sebab pepagi tu dah dapat tahu result dulu sebelum pergi sekolah lagi melalui mesej. Alhamdulillah. aku bersyukur sangat kerana Allah berikan rezeki yang melebihi dari usaha aku sendiri masa tu. Alhamdulillah. A lurus berjaya aku tawankan lagi.
                                               
Kat sini bukan nak habaq pasal result aku. Tapi nak pesan kat adik2 semua *kay. Rasa macam dah tua. Jaga diri, jaga iman, jaga amal, dan jaga HATI. apa pun yang kita dapat hari ni, semua adalah rezeki daripada Allah.

Tak semestinya tak straight A tak boleh berjaya. Ramai je lagi kawan eden yang tak straight, tapi sekarang dah futher study kat oversea lagi. And aku jugak yang kat malaysia ni. Ahaaa. Sebenarnya, semua tu adalah rezeki Allah. Percayalah. Setiap yang Allah berikan pada kita adalah terbaik. Dulu rasa macam sedih bila tengok kengkawan lain yang tak straight tapi boleh further study kat tempat2 best, macam yang aku nak. Tapi bila fikir balik, siapalah aku untuk mempersoalkan itu semua? Seriously, aturan Allah tu paling terbaik. Berlapang dada dan bersangka baiklah dengan setiap takdir yang Allah dah tetapkan. Belajar untuk bersyukur.

Kay. Sebenarnya bukan pasal result yang aku nak tekankan sangat kali ni. Lagipun aku tak dapat nak luang banyak masa sekarang untuk update pepanjang. Rehat kata pergi, mid sem exam kata mari. Tapi aku cuba jugak untuk luangkan masa sikit, untuk pesan kat adik2 yang akak sayang kerana Allah, in sha Allah. Jagalah diri semua. Jaga iman dan amal. Tu yang penting. Kenapa?

Jujur kat sini akak cakap, rasa macam nak putar balik masa, nak duduk kat tempat di mana kaki baru keluar dari dewan peperiksaan. Dan nak betulkan silap2 yang dulu. Bukan nak mengaibkan diri sendiri. Tapi cukuplah sebagai tauladan pada semua. Hm. Sebab akak tak nak adik2 semua buat perkara yang sama dan menyesal macam akok ni ha.

Rasa macam tua sangat pulak biasakan diri ni akok. Haha. Kay. Bila dah lepas SPM ni, tak tipu, yang kita akan rasa nak cuba semua perkara. Dan masa tu banyak benda yang berubah. Sebab kita mula berpijak atas kaki sendiri. Dah takde cikgu nak guide lagi. Kalau kat asrama, dah takde pengawas, dah takde kawan nak ajak berjemaah lagi macam dulu. Bila kat rumah akan laaaagi banyak dugaan untuk kita istiqamah dalam beribadat. Dan akak, mengaku masa tu kalah dengan
godaan dunia ni. *nangis.

Adik2, bagi yang duduk kat asrama,kalau dekat sekolah dulu kita selalu berjemaah dengan kengkawan, tapi kat rumah tak selalu dapat berjemaah cukup 5 waktu macam dulu. Kalau kat sekolah selalu baca al Quran reramai, kat rumah mesti makin berat dan kurang sentuh Al Quran. Kalau kat sekolah kita rajin untuk bangun tahajud, kat rumah mesti kita akan liat untuk bangun macam dulu. Kenapa? Sebab kita rasa perjuangan kita dah berakhir. SPM dah habis, so tak payah struggle lagi. Tapi kita lupa, ujian yang lebih besar kita belum amek lagi, iaitu di mana bermulanya ujian kita ketika di alam kubur nanti. Cukup ke amalan kita untuk bantu kita jawab soalan tu semua nanti? Tepuk sejadah, tanya bila last time jumpa.

Macam akak, lepas SPM akak terus kerja. Sibuk sangat kerja, carik duit, sampai kurang masa akak luangkan untuk Allah. Kalau dulu kat sekolah kengkawan ajak solat sunat sesama lepas isyak kat surau, tapi kat rumah bila balik kerja akak cuma buat yang wajib dan tak paksa diri masa tu untuk buat yang sunat jugak. Tak paksa diri. Akak kalah dengan hasutan syaitan yang kata "Alah. Kau kan penat. Pergilah rehat" akak kalah dengan syaitan yang kata " Al Quran tu baca lain kali je. Malaskanlah diri kau. Malaslah. Malaslah." Ingat. Syaitan itu licik!

Jangan berhenti untuk mujahadah walau kita dah habis SPM, walau kita rasa penat bila bekerja, bg yang buat part time lah kan. Walau kita berdiri untuk berjuang lawan nafsu sensorang, jangan mengalah. Teruskanlah bermujahadah dan istiqamah dalam ibadat kita. Perbaiki yang wajib dan perbanyakkan yang sunat. Ingat, walau kita rasa lemah, Allah ada untuk menguatkan. Berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita dan kuatkan iman kita untuk terus berada di jalan Allah. Sentiasa muhasabah diri. Jaga iman dan amal.

Okay. Dan sekarang akak nak pesan, bila lepas SPM ni mesti ramai yang rasa dah besar, dah dewasa, dah boleh cari makwe cari pakwe woi! Salah adik. Salah. Jauhkanlah diri dari tu semua. Akak pasti semua dah tahu perkara tu. Jangan lah kita menghampiri zina dik. Tak perlu terikut dengan orang lain. Orang nak ada pasangan, kita pun nak jugak. Heh. Tak perlu tu semua. Seriously membuang masa tenaga duit dan fikiran je dengan tu semua. Sebab belum tentu kita akan bersama orang tu sampai nikah nanti. Bila terputus kat tgh2, tak ke rasa rugi masa tu? Orang akan bagi janji pum pang pum pang, tapi seriously, dia takkan buat pun nanti. Kalau ada pun, heh. Pasti sangat ke dengan janji dia tu? Seseorang tu mungkin akan berkorban macam2 untuk kita. Buat perkara yg terbaik untuk kita, konon sayang, tapi nanti dia akan penat dan stop. Sebab apa? itulah tipu daya dunia ni. Nmpk manis, tapi pahit bagai hempedu. Ecewah.

Sibukkan diri dengan kebaikan, supaya kita tak de masa untuk kemaksiatan. Penuhi hari kita dengan ilmu. Sekarang ni semua senang. Banyak ceramah2 kat tv, kat internet, yang kita boleh jadikan medium untuk tambahkan ilmu kita. Cuma nak dengan tak nak je. So kenalah paksa diri. Jangan manja sangat. Nanti iman pun akan lemah longlai. Yang lelaki, cubalah jinakkan diri ke masjid. Jangan ingat kat sekolah je perlu semua tu. Sentiasa tarbiyah diri kita. Jangan tinggalkan tarbiyah tu. Penting. Laik siriesli.

And lastly, jangan lupa berdoa. Berdoa pada Allah supaya kita diberi petunjuk untuk buat pilihan yang betul. Nanti masa nak isi UPU, jangan lupa buat istikharah dulu. Minta petunjuk Allah supaya kita pilih universiti dan course yang betul. Semoga Allah berikan yang terbaik. Ingat. Rezeki Allah, aturan takdir Allah, semua yang terbaik untuk kita. Berusahalah selagi mampu. Pilih tempat yg boleh jadi tiket untuk kehidupan kita satu hari nanti. Tempat yang baik, tempat yang sentiasa mengingat kan kita pada Allah. Seperti hati yang baik, hati yang sentiasa mengingati Allah. Okay. Akak ulang. Jangan lupa buat solat istikharah dan pilihlah tempat yang boleh jadi tiket untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. Memana tempat pun sama je. Asalkan kita istiqamah dalam kebaikan, tempat yang biasa2 tu pun akan jadi luar biasa bagi kita.

Sorry kalau point akak ni macam tak clear sangat. Otak sebenarnya tengah fikir exam ni. Hihi. Okay. Ingatlah Allah sentiasa dengan kita. Takutlah berbuat dosa sepertimana kita takut dicampakkan ke dalam api neraka. Dunia ni penuh dengan tipu daya. Nampak je manis. Tapi pahit sangat. Ingatlah. Bermujahadah lah melawan nafsu dan godaan dunia. Memang susah. Tapi sebenarnya manis sangat bila kita buka hati untuk rasa kemanisannya. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.

Dunia bukan tempat berehat, tapi tempat untuk kita bekerja, mengumpulkan bekalan sebelum kita pulang ke kampung akhirat kita. Di sanalah baru kita boleh berehat. Sabar. Kejap je. Seriously. Kejap sangat berbanding kat sana. Tanamlah banyak2 pokok amalan supaya kita dapat nikmati buah pahala di akhirat nanti.

Sunday, February 17, 2013

Syukur Itu Lebih Sukar Berbanding Sabar

bismillahirahmanirrahim..

beberapa minggu yang lepas aku nak ke UIA gombak sebab nak ambil buku dari sorang akak yang baik hati dan comel kat sana. *kalau dia baca ni mesti dia tengah senyum2. hehe. aku pergi dengan bestfriend aku. okay. something happened masa aku on the way ke sana. seriously aku tak pernah terfikir pun akan jadi macam tu. sedih. sedih. T_T

nak ke gombak memang lah kena naik lrt. stesen yang laaaasssttt sekali pulak tu. kalau dok dalam lrt tu boleh bangun tidur sepuluh kali baru sampai. kay. tu over. hah. nak habak mai ni. masa masuk tu, ternampak lah ada kakak tu duduk atas kerusi roda. tapi dia membelakangkan aku. eh. eh. sebelah dia ada dua orang mamat handsome tinggi lah! maybe bodyguard akak tu, or maybe adik beradik dia lah kot. yela. temankan dia nak naik lrt agaknya. tak sure acano rupa abe abe tu. penting ke? aku pun membulatkan mata menundukkan pandangan sampai terlanggar tiang. eh tak. nak cari tempat duduk. yeah. at last dapat pun duduk. dekat dekat dengan akak tadi tu jugak lah.

dengan hati yang lapang walaupun dalam lrt yang sempit dengan ramai makhluk Allah, aku melontarkan mata pandangan ke luar tingkap. *gaya tulis novel pulak. tunggu punya tunggu, dah banyak stesen dah lepas. lamaa lagi baru sampai gombak. lrt pun dah mula kosong dah. siap boleh main lari2 lagi dalam tu. and then, aku pandang kanan. mulut aku ternganga. nampak abang tadi pandang aku! tettt. tak. aku nampak tinggal akak tu sorang je yg ada kat situ. that's mean, akak tu sebenarnya sensorang je naik lrt tu dari tadi.

kay. ni dah mula kisah sedih. sila sediakan tisu. krik krik -.-

lepas tu baru aku perasan, beg aku dah tak ada!! arghh! guane ni? 

tak. bukan tu ceritanya. 

ehem. *betulkan spec. masa tu aku pandang je akak tu. dia pakai kerusi roda yang dia boleh control sendiri pakai remote kat tangan. (tak tahu nak explain mcm mana). so maybe sebab tu lah dia sorang je. sebenarnya kat sini tujuan aku bukan nak cakap psl kehebatan kerusi roda tu. tapi nak cerita tentang kagumnya aku dengan akak tu.. 

masa tu dah tak ramai dalam lrt tu. aku pandang je akak tu. hati aku terus tersentuh. kenapa? sebab tengok keadaan akak tu. muka dia nampak macam dalam lingkungan 30 lebih. tapi badan dia macam budak kecil umur 3 tahun. rasanya lebih kecil dari tu kot. kaki dia mungkin tak kuat, sebab tu dia tak boleh jalan. cuma tangan dia je yang boleh dia guna. tu pun tangan dia kecil sangat. kesian sangat tengok keadaan dia. hati aku tersentuh. and aku sedar. selama ni aku dah jadi manusia yang kurang syukurnya. 

compare diri aku dengan akak tu, aku dikurniakan fizikal yang lebih sempurna. tapi aku still rasa rendah diri. sebab apa? kalau siapa yang kenal aku, mestilah korang tahu yang aku ni tak tinggi mana pun. 150+ cm je. padahal adik beradik aku yang lain semua tinggi tinggi. cuma aku sorang je yang terlain. maybe aku dpt recessive allele agaknya. ehh. dah masuk biologi plak. kay. kalau orang yang tak kenal aku mesti kekadang diaorang expect aku ni macam budak form 3. kekadang ada jugak makhluk Allah yang ejek ejek aku pendek, perli dan sebagainya. sebab tu lah aku rasa rendah diri. rasa mcm sedih kekadang. tapi aku tak pernah lah marah. tak pernah pulak aku mempersoalkan kejadian Allah. aku bersyukur. cukuplah aku diberi fizikal yang sempurna. tapi satu yang aku tak suka adalah bila aku mula sedih dan rendah hati. tu pun menunjukkan macam aku ni kurang bersyukur. *tersentak!

aku kagum dengan akak tu. boleh survive sorang sorang. walau keadaan dia mcm tu, dia tetap menjaga auratnya. memang tabik spriiinngg lah kat beliau. sebab perempuan yang sempurna pun belum tentu nak tutup aurat sesempurna akak tu walaupun akak tu dilahirkan tak sesempurna wanita yang sempurna. Ahaa!

secondly, aku tak nampak pun akak tu sedih, murung atau sebagainya. and masa tu aku rasa, belum tentu aku akan sekuat dia, hidup berdikari selama tu, kalau aku kat tempat dia. belum tentu aku akan redha terima diri aku kalau aku kat tempat dia. belum tentu. belum tentu. sebab aku tahu aku tak kuat. ya Allah. rasa bersyukur sangat masa tu. sebab Allah dah cukup beri aku nikmat kesihatan, fizikal, kaki dan tangan yang berfungsi dengan baik, walaupun bukan aku minta untuk diberi semuanya. Allah tu Maha Pemurah kan? Alhamdulillah.

masa tu aku cuba muhasabah diri. kalau aku susah, ada lagi orang yang lebiiihh susah dari aku. aku terfikir. akak ni hidup sensorang ke? kenapa takde siapa yang temankan dia. masa tu air mata ni nak mengalir dah. aku pandang je akak tu. and then, aku terkejut! sebab akak tu pandang aku balik dan senyum. ehee. maybe dia perasan aku dok perhati dia dari tadi kot. ehem. akak tu jeling tegur aku. baik je okay akak tu.

"nak pergi mana dik?" 

"nak ke gombak kak, jumpa kawan.. akak nak ke mana?"

"akak nak ke seri rampai. jumpa kawan jugak." akak tu senyum lagi. nampak ceria je muka dia. Allah.

"akak sorang je ke?"

"ye dik. dah biasa dah. pergi mana-mana akak selalu sorang je," akak tu senyum lagi. memang senyuman dia tak lekang dari wajah. subhanallah.

air mata dah nak start keluar dah. aku tahan. kang pelik pulak akak tu tengok aku tetiba nangis. gaya macam dia baru lepas marah aku pulak kan. aku tunduk je. masa tu perasaan bercampur baur. and then kawan aku tegur aku. so aku borak borak lah dengan dia. rupanya dia pun rasa perkara yang sama. kagum. dengan akak tu.

stesen yang akak tu nak pergi lagi awal dari stesen aku. gombak kan yang lassst sekali. so akak tu yang turun dulu. masa tu agak risau jugak lah. jauh ke tak rumah kawan dia tu dari stesen lrt tu. hmm. aku nampak lepas terbukanya pintu lrt tu, ada seseorang yang dah tunggu dia kat situ. hati aku tersentak lagi! kenapa? sebab kawan dia pun senasib dengan dia. tapi kawan dia takde tangan sebelah kiri.. dan kedua-dua kaki pun tak sempurna. Allah. kuatnya mereka. aku kagum dengan kuatnya hati mereka. masa tu aku rasa aku lagi kecil berbanding mereka. rasa kerdil sangat. masa tu aku rasa mereka lebih sempurna berbanding aku. 

bukan aku nak cakap yang aku ni baik ke tak. bukan. aku rasa aku belum lagi jadi hambaNya yang bersyukur. dan Allah pertemukan aku dengan akak tu untuk menyedarkan aku. ada yang lebih susah dari aku, tapi dia bersyukur. ada yang dilahirkan tak sempurna, tapi dia bersyukur. tepuk dada, tanya diri sendiri. bersyukurkah kita? 

buat muslimah pula, adakah kita rasa diri kita dah cukup sempurna hingga tak perlu tunaikan kewajipan menutup aurat dengan sempurna? kalau jumpa orang lain, walaupun kita tak kenal, tua ke muda, adakah kita senyum sekurang-kurangnya, macam akak tu? tapi jangan pulak bila hang jumpa lelaki, hang nak senyum  meleret sampai boleh meleset-leset. -.-"

tengok diri kita. Allah dah cukup beri kita fizikal yang sempurna, tangan, kaki, mata, hidung, lubang hidung, telinga, yang cukup. kejadian Allah tu cantik dan unik sangat. 

Maha Suci Nama TuhanMu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan (Ar-Rahman : 78)

Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

memang benarlah bahawa, syukur itu lebih sukar berbanding sabar. kita boleh bersabar bila diuji, tapi belum tentu kita bersyukur dengan ujian tu, belum tentu kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. belajarlah untuk bersyukur, walau mendapat nikmat yang sedikit. belajarlah untuk bersyukur, setiap kali diberi peluang untuk bernafas lagi. belajarlah untuk bersyukur, bila walaupun ketika diuji. setiap yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim:7)

"Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak." (HR Ahmad)


semoga kita dapat menjadi hambaNya yang benar-benar redha dan bersyukur atas nikmat kurniaanNya yang sangatlah bernilai..



Saturday, February 16, 2013

terharu terharu.

bismillahirahmanirrahim..

sebenarnya lately ni jarang bukak blog. update bila rasa nak je. haha. and then petang ni tergerak hati untuk blogwalking. and, and, ada blogger ni sudi review pasal blog aku ni. kat sini. kat sini.

siap buatkan header lagi. terharu. terharu. :')


thanks a lot awak! and i'm using the header that you had made for me. hehe. thanks again. 


Salam ukhwah. :D





Thursday, February 14, 2013

Ada Apa Dengan "Valentine Day"?

bismillahirahmanirrahim..

Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

berdasarkan hadis di atas ni, jelaslah bahawa Islam menggalakkan kasih sayang sesama saudara dalam kehidupan kita. TAPI! bukan bermaksud kita boleh berkasih sayang sewenang-wenangnya tanpa ambil berat tentang syariat dan batas-batas yang dah ditetapkan dalam Islam. 

Ada apa dengan Valentine Day?

macam yang kita dah sedia tahu, Valentine Day disambut untuk memperingati kekasih, buah hati pengarang jantung, dan sewaktu dengannya. tapi sedarlah wahai manusia yang beragama Islam, bahawa Hari Valentine ni adalah haram untuk kita menyambutnya.

"Ehh. ye je kau? asal pulak??"

Ahaa. cuba kita cari kenapa wujudnya Hari Valentine ni. *selak buku.

tak tahu lah buku mana yang ada tulis pasal ni. internet kan hadoo. guna jari pun boleh gituuu.

Ahaaa. semalam aku ada pergi talk mengenai Valentine Day ni. menurut ustaz tersebut, (berdasarkan kajian dan siasatan terperinci dia) Valentine Day mempunyai sejarah dia tersendiri. tapi banyak pendapat mengenai sejarah untuk hari tersebut. 

Pendapat Pertama:
Ada seorang paderi yang bernama ST. Valentine yang hidup pada abad ke-3 Masihi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.. dia ini dibenci oleh Maharaja Kalaudis II ni sebab dia ni seorang paderi yang kuat pegangannya agamanya. dia juga banyak menarik orang kepada agama Nasrani atau Kristian. jadi dia telah dijatuhkan hukuman mati oleh Maharaja tersebut. maka muncullah Valentine Day ni sebagai hari memperingati jasa paderi ini dalam memperjuangkan agama mereka ini.

Pendapat Kedua:
Maharaja berfikir bahawa orang yang belum berkahwin lebih hebat dalam peperangan berbanding orang yang sudah berkeluarga. jadi Maharaja ini tidak membenarkan perkahwinan ketika itu. tetapi St. Valentine ini tetap melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap di gereja. bila maharaja ni dapat tahu, dia memenjarakan paderi tersebut..

ketika di dalam penjara, paderi ini jatuh cinta kepada anak gadis salah seorang pegawai penjara tersebut.. dan sebelum dia dihukum mati, paderi ini telah mengirimkan surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From Your Valentine". maka terjadilah Hari Valentine ini sempena memperingati kisah cinta yang sedih antara paderi dan gadis tersebut

Pendapat Ketiga:
Ada yang meceritakan tentang cara mereka menyambut hari Valentine ini. terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana pemuda desa akan berkumpul di pertengahan bulan Februari pada setiap tahun. mereka menulis seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu.

ada juga yang mengatakan Valentine Day ini disambut sempena kejatuhan empayar Islam di Sepanyol ke atas penguasaan Rom.

"Dah jelas tak??"

Ahaaa. terang lagi bersuluh, Hari Valentine ini berkaitan dengan agama Nasrani atau Kristian yang memang bertentangan dengan ajaran agama Islam kita. kalau hang dok sibuk nak sambut Valentine ni, serupalah macam hang nak merayakan kejatuhan Islam dulu, serupalah hang menyokong para pendeta Nasrani ni.. dapat dakk?

Kita berkasih sayang bukan hanya untuk sehari, tetapi sepanjang masa. ukhwah antara muslim mestilah dijaga tanpa mengira orang tu rapat atau tak dengan kita. dan Islam tidak mengajar kita untuk melebihkan cinta sebelum perkahwinan. dan hakikatnya, ketika Hari Valentine ini, ramai remaja Islam yang bergelumang dosa dan sanggup berzina sempena "Hari Memperingati Kekasih" ini. Dimanakah letak malu sebagai perisai iman kita?? 

acara Valentine juga diadakan dalam bentuk pesta dan huru hara. kini ada juga pihak yang menawarkan pakej-pakej murah di hotel-hotel sempena Hari Valentine ini. kebanyakan mereka menyambut hari ini dengan pembaziran dan acara yang bergelumang dengan maksiat dan dosa. tak takutkah anda pada Allah yang Maha Kuasa?

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Isra':27)

"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah AL Anfal:63)

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

janganlah jadikan diri kita seperti orang yang tidak berakal, menurut saja keadaan sekeliling dan tidak takut kepada Allah.. agenda Valentine Day ni sungguh, tak lain tak bukan untuk memperdayakan umat Islam kita sendiri.  banyak lagi cara untuk kita tunjukkan kasih sayang kita pada orang lain. tak perlu tunggu hari-hari tertentu je. 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (surah Al Baqarah:120)

Allah tak melarang kita berkasih sayang, tapi biarlah dengan berlandaskan syariat dan melalui hubungan yang halal. biarlah kita menyayangi seseorang itu kerana Allah. tak sayang namanya kalau orang tu ajak kita ke neraka hoi! dan ingatlah wahai mawar agama dan pemuda Islam sekalian,

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Islam agama yang suci. jangan kita mencemarkan kesuciannya. Rahmat Allah terbentang luas di bumi ni. tak perlu kejar cinta yang sementara kerana cinta Allah sentiasa ada untuk kita. lebih baik kita kejar dan cari cinta Allah yang hakiki daripada cinta manusia yang belum tentu kekal untuk kita. sungguh, yakinlah, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

"Katakanlah (Muhammad): Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyayang." (surah Ali-Imran:31)

sekian perkongsian untuk hari ini. yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. wallahualam.

SAY NO TO VALENTINE DAY!




sincerely, mardhatillah seeker





Monday, February 11, 2013

Jom amalkan sunnah Rasulullah SAW!

bismillahirahmanirrahim..

dah agak berbulan entry ni duduk diam diam berhabuk dalam draft, baru hari ni aku ada chance nak post. al maklum lah, hidup yang agak busy, walaupun tak berapa nak busy. fuhh. fuhh. *lap peluh kat dahi

Ahaaa! kali ni nak cakap pasal sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan SETIAP HARI. antara salah satu cara untuk kita tambahkan rasa sayang kepada baginda juga adalah dengan mengamalkan sunnahnya juga kan? hee.

okay.

jeng jeng jeng..



yang pertama, melakukan solat sunat witir sebelum tidur. ahaa. banyak kelebihan solat sunat witir ni tau.

“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”  (HR Abu Daud dan Tirmizi)

kalau rasa berat sangat nak buat, cuba lawan perasaan tu. syaitan tu bijak untuk menghasut kita, so kita kenalah laaagi bijak untuk lawan dia. haiyaakk. berdasarkan hadis di atas, Allah itu sukakan witir, so, kalau nak dapatkan cinta Allah, kita kenalah buat perkara yang dia suka kan? kan? kan? 



yang kedua, membaca Al-Quran sebelum terbit matahari..

kan lebih baik sebelum mata kita ni lihat dunia, kerja-kerja yang lain, kita sajikan mata kita dengan melihat ayat Al-Quran, iaitu surat cinta Allah yang indah dan sangat berharga. dan lebih baik laagi kalau kita baca dengan penuh pemahaman. cuba tadabbur ayat yang kita baca tu dan ambil ibrah daripadanya. kalau permulaan pagi kita lakukan dengan baik, in sha Allah, everything akan lancar dan dipermudahkanNya hari tu.



yang ketigasolat berjemaah.

ahaaa. cuba solat berjemaah, terutamanya subuh! waktu subuh ni lah kekadang kita rasa berat untuk bangun. tapi cuba biasakan diri berjemaah, pesan kat kawan tolong kejutkan kita, in sha Allah, perkara yang kita lakukan berjemaah ni akan rasa mudah je untuk kita buat. bagi lelaki, sebelum kaki tu melangkah ke mana-mana, kan baik kalau kaki tu melangkah ke masjid dulu. masjid juga merupakan pusat keberkatan. bukan sebab panggilan muazzin kita kena ke masjid, tapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.


yang keempat, solat sunat dhuha..

rezeki itu datangnya dari Allah dan kunci rezeki itu pula terletak pada solat Dhuha. sungguh, kita ni di dunia tak punya apa-apa. semuanya milik Allah. dan hanya kepadaNya lah kita perlu meminta..

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata:

"Kekasihku, Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku, iaitu supaya aku berpuasa tiga hari pada setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat sunat witir sebelum tidur, dan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha" (HR Al-Bukhari dan Muslim)


yang kelima, bersedekah..

jaga sedekah kita setiap hari.. Allah menyukai orang yang bersedekah dan malaikat juga selalu akan mendoakan orang yang bersedekah setiap hari..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu memberi kepada yang faedah orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR Imam Ahmad)

tak rugi pun bersedekah ni tau. malah Allah akan melipat gandakan lagi rezeki kita bila kita bersedekah. kita juga dapat menggembirakan orang lain. kan best tu. haaaa. senyum tu pun sedekah juga! so tak comel lah kalau masam masam je memanjang kan kakak. :D


yang keenam, menjaga wudhu terus menerus..

kalau kita berwudhu pun kita akan rasa terhindar dari buat maksiat. nak buat dosa pun mesti akan ingat pada Allah dan rasa takut. kalau sebelum belajar kita berwudhu pun, rasa senang je masuk apa yang kita belajar tu. dan Allah pun suka pada hambaNya yang berwudhu tau

Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosanya dan sayangi dia Ya Allah”.

Rasulullah SAW juga ada bersabda: Barangsiapa berwudhu dengan baik keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya sampai pun dari bawah kuku-kukunya juga. (HR. Muslim)


Dan yang ketujuh, jeng jeng jeng.. beristighfar setiap saat..

kadangkala perasaan sedih, rasa resah, susah hati kita adalah kerana dosa kita yang masih ada. masalah yang kita hadapi juga kadangkala adalah kerana dosa yang masih belum kita minta keampunanNya.. oleh itu, kalau boleh beristighfar lah setiap saat. jangan biar diam kita tu hanya diam kosong. cuba isi dengan istighfar dan berzikir mengingatiNya.

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Rad:28) 

bila kita rasa susah, rasa sedih, beristighfar lah. kadang kadang syaitan ni bijak. dia saja je nak cucuk cucuk kita supaya sedih, supaya kita lemah. so kita kenalah jadi lebih bijak daripada syaitan ni! lawan dia dengan sentiasa berzikir dan beristighfar. in sha Allah. Allah lah pemilik hati kita, dan daripadaNya saja lah kita boleh dapatkan ketenangan..



                                 


Ahaaa.. aku pun still lagi dalam proses percubaan untuk amalkan sunnah-sunnah ni semua. selalu jugak tertinggal. *tampar pipi sendiri. tapi kat sini aku nak ajak yang lain-lain untuk sama-sama kita cuba amalkan sunnah-sunnah baginda SAW.. nak dapat pahala ramai-ramai, baru best! 

semoga Allah permudahkan ya ^^

sincerely, Mardhatillah seeker