dah agak berbulan entry ni duduk diam diam berhabuk dalam draft, baru hari ni aku ada chance nak post. al maklum lah, hidup yang agak busy, walaupun tak berapa nak busy. fuhh. fuhh. *lap peluh kat dahi
Ahaaa! kali ni nak cakap pasal sunnah-sunnah Rasulullah SAW yang boleh kita amalkan SETIAP HARI. antara salah satu cara untuk kita tambahkan rasa sayang kepada baginda juga adalah dengan mengamalkan sunnahnya juga kan? hee.
okay.
jeng jeng jeng..
yang pertama, melakukan solat sunat witir sebelum tidur. ahaa. banyak kelebihan solat sunat witir ni tau.
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)
kalau rasa berat sangat nak buat, cuba lawan perasaan tu. syaitan tu bijak untuk menghasut kita, so kita kenalah laaagi bijak untuk lawan dia. haiyaakk. berdasarkan hadis di atas, Allah itu sukakan witir, so, kalau nak dapatkan cinta Allah, kita kenalah buat perkara yang dia suka kan? kan? kan?
yang kedua, membaca Al-Quran sebelum terbit matahari..
kan lebih baik sebelum mata kita ni lihat dunia, kerja-kerja yang lain, kita sajikan mata kita dengan melihat ayat Al-Quran, iaitu surat cinta Allah yang indah dan sangat berharga. dan lebih baik laagi kalau kita baca dengan penuh pemahaman. cuba tadabbur ayat yang kita baca tu dan ambil ibrah daripadanya. kalau permulaan pagi kita lakukan dengan baik, in sha Allah, everything akan lancar dan dipermudahkanNya hari tu.
yang ketiga, solat berjemaah.
ahaaa. cuba solat berjemaah, terutamanya subuh! waktu subuh ni lah kekadang kita rasa berat untuk bangun. tapi cuba biasakan diri berjemaah, pesan kat kawan tolong kejutkan kita, in sha Allah, perkara yang kita lakukan berjemaah ni akan rasa mudah je untuk kita buat. bagi lelaki, sebelum kaki tu melangkah ke mana-mana, kan baik kalau kaki tu melangkah ke masjid dulu. masjid juga merupakan pusat keberkatan. bukan sebab panggilan muazzin kita kena ke masjid, tapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid.
yang keempat, solat sunat dhuha..
rezeki itu datangnya dari Allah dan kunci rezeki itu pula terletak pada solat Dhuha. sungguh, kita ni di dunia tak punya apa-apa. semuanya milik Allah. dan hanya kepadaNya lah kita perlu meminta..
Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata:
"Kekasihku, Rasulullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku, iaitu supaya aku berpuasa tiga hari pada setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat sunat witir sebelum tidur, dan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha" (HR Al-Bukhari dan Muslim)
yang kelima, bersedekah..
jaga sedekah kita setiap hari.. Allah menyukai orang yang bersedekah dan malaikat juga selalu akan mendoakan orang yang bersedekah setiap hari..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu memberi kepada yang faedah orang lain dan anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR Imam Ahmad)
tak rugi pun bersedekah ni tau. malah Allah akan melipat gandakan lagi rezeki kita bila kita bersedekah. kita juga dapat menggembirakan orang lain. kan best tu. haaaa. senyum tu pun sedekah juga! so tak comel lah kalau masam masam je memanjang kan kakak. :D
yang keenam, menjaga wudhu terus menerus..
kalau kita berwudhu pun kita akan rasa terhindar dari buat maksiat. nak buat dosa pun mesti akan ingat pada Allah dan rasa takut. kalau sebelum belajar kita berwudhu pun, rasa senang je masuk apa yang kita belajar tu. dan Allah pun suka pada hambaNya yang berwudhu tau
Kata Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa akan merasa solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua doa, "Ampuni dosanya dan sayangi dia Ya Allah”.
Rasulullah SAW juga ada bersabda: Barangsiapa berwudhu dengan baik keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya sampai pun dari bawah kuku-kukunya juga. (HR. Muslim)
Dan yang ketujuh, jeng jeng jeng.. beristighfar setiap saat..
kadangkala perasaan sedih, rasa resah, susah hati kita adalah kerana dosa kita yang masih ada. masalah yang kita hadapi juga kadangkala adalah kerana dosa yang masih belum kita minta keampunanNya.. oleh itu, kalau boleh beristighfar lah setiap saat. jangan biar diam kita tu hanya diam kosong. cuba isi dengan istighfar dan berzikir mengingatiNya.
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram." (Surah Ar-Rad:28)
bila kita rasa susah, rasa sedih, beristighfar lah. kadang kadang syaitan ni bijak. dia saja je nak cucuk cucuk kita supaya sedih, supaya kita lemah. so kita kenalah jadi lebih bijak daripada syaitan ni! lawan dia dengan sentiasa berzikir dan beristighfar. in sha Allah. Allah lah pemilik hati kita, dan daripadaNya saja lah kita boleh dapatkan ketenangan..
Ahaaa.. aku pun still lagi dalam proses percubaan untuk amalkan sunnah-sunnah ni semua. selalu jugak tertinggal. *tampar pipi sendiri. tapi kat sini aku nak ajak yang lain-lain untuk sama-sama kita cuba amalkan sunnah-sunnah baginda SAW.. nak dapat pahala ramai-ramai, baru best!
semoga Allah permudahkan ya ^^
sincerely, Mardhatillah seeker
No comments:
Post a Comment