Monday, May 27, 2013

Jangan berkira sangat boleh?


“Akak..”

Amni menghadiahkan senyum simpul kepada kakak usrahnya. Di dalam hati sedang berkira-kira untuk berterus terang ataupun diam sahaja.

Kak Humaira kecil hati ataupun tidak ya kalau aku terus terang pada dia sekarang?”

Rakan bulatan gembiranya yang lain sudah pun keluar dari surau itu. Hanya tinggal dia dan naqibahnya sahaja. Surau itu sunyi kerana jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam. Pasti ramai pelajar lain juga sudah berada di dalam bilik pada waktu ini.

“Ya adik akak. Ada apa ya?”

Humaira sabar menanti perkataan daripada Amni. Seperti biasa, Humaira sentiasa akan berlembut terhadap anak buahnya. Itulah salah satu cara agar anak buahnya tidak kekok dengannya. Dekat, melalui hati.

“Erk.. Hmm...”

Jari Amni sibuk bermain di hujung tudung labuhnya.

“Sebenarnya.. Hee. Akak jangan kecil hati ya.”

Tangan Amni mencapai tangan naqibahnya.

“Sebenarnya.. Amni nak minta maaf sebab minggu lepas Amni tak datang usrah dan Amni langsung tak reply mesej akak. Bukan nak mengelak. Tapi Amni rasa bersalah.”

“Laaa. Kenapa pula Amni rasa bersalah? Amni ada buat silap ea? Haaa. Baik cakap cepat kat akak”

Humaira berwajah serius lalu menggenggam tangan Amni. Saja mahu mengusik Amni.

“Eeeii.. Bukan. Hee. Sebenarnya minggu lepas Amni tak datang usrah sebab Amni ada kuiz esoknya. Amni takut tak sempat belajar. So Amni saja tak mahu datang masa tu. Tapi kan kak... Hmm.. Sebenarnya Amni tak fokus sangat pun. Lama Amni belajar. Ulang-ulang, tapi Amni tak tenang. Mungkin sebab Amni asyik teringat pada bulatan gembira kita. Tapi Alhamdulillah la. Slow slow, Amni boleh tangkap juga apa yang Amni belajar. Hee. Maaf ya kak”

“Oh.. pasal tu.. Memang akak kecil hati pun sebenarnya dengan Amni.” 

Humaira terdiam. Senyumannya hilang.

“Ala akak. Maaf ya kak. Amni tak bermaksud nak kecilkan hati akak. Sorry kak”

Amni semakin dipagut rasa bersalah. Humaira senyum. Dia faham akan anak buahnya. Memang cepat rasa bersalah walau sebenarnya bukan salah dia.

“Ala. Akak gurau je lah. Lekluu. Haha.”

“Eeeii akak ni saja je nak mengusik. Hish. Tapi betul kak. Amni minta maaf ya”

Humaira meletakkan tangannya ke bahu Amni. Ditepuknya perlahan lalu kembali ke posisi asal.

“Jangan risau lah sayang. Akak tak marah pun. Apa yang Amni buat tu tak salah pun. Tapi.. rugi sikitlah.”

“Kenapa akak?”

“Kenapa? Sebab, macam yang Amni cakap tadi tu lah. Amni tak dapat focus. Hati pun tak tenang. Rugi sikitlah sebab masa Amni macam tak terisi sangat kat situ. Lagipun kan tak best bila hati kita kacau bilau. Hehe. Okay. Akak faham situasi Amni ni. mesti Amni confuse, nak bahagikan antara buku dan tarbiyah. Nak pergi usrah, tapi takut tak sempat study. Kalau tak pergi rasa rugi. Kan?

 Akak dah goreng dah dengan perkara macam ni dulu. Dulu akak pun macam tu jugak. Rasa takut nanti tak perform dalam pelajaran. Rasa kuiz lagi penting dari majlis ilmu dan bulatan gembira. Tapi lama-lama, akak rasa rugi sangat. Dan akak rasa macam, berkiranya akak tentang masa. Maaf ya kalau Amni terasa.”

Amni tersengih.

“Eh tak apa kak. Teruskan je. Amni ambil ini sebagai teguran.”

Bersemangat Amni mendengar penjelasan akak kesayangannya itu. Berlainan ibu dan ayah, tetapi sudah dekat seperti adik beradik kandungnya sendiri. Itulah penangan usrah!

“Macam ni. okay. Jom kita muhasabah diri kita sama-sama ya. Bila kita fikir balik, Dari pagi sampai petang kita sibuk dah dengan kelas, dengan buku. Kalau kita tak terfikir untuk luangkan masa kita untuk menghadiri majlis ilmu, atau bulatan gembira macam ni, at least sekali je seminggu. Sekali je kot. Hati kita akan rasa kosong je. Ketenangan hati yang kita capai tak sama macam bila kita hadiri taman-taman syurga ni. Allah beri kita masa tanpa berkira pun dengan kita. Allah bagi kita nikmat masa, tapi kadang-kadang kita lupa tentang Dia. Kita lupa untuk mentarbiyah diri kita. Kita hanya fikirkan kesenangan di dunia. Takut untuk bersusah payah di jalan dakwah dna tarbiyah ini. Ya. Hakikatnya, manusia sangat berkira. Lagi-lagi tentang masa. dalam sehari, Allah beri kita masa 24 jam. Kalau seminggu ada tujuh hari, banyakkan masa tu? Kenapa kita masih berkira untuk meluangkan masa sejam dua di jalan Allah? Sejam duaa je.”

Amni tekun mendengarnya. Memang benar apa yang naqibahnya katakan. Memang kena dengan batang hidung kemeknya itu.

“Dalam usaha untuk kita mentarbiyah diri kita, mesti satu masa kita akan rasa berat dan susah. Sebab rasa banyak lagi tanggungjawab yang kita pikul. Especially as a student. Tapi kita sebenarnya lemah. Lemah sangat. Kalau Rasulullah SAW tengok usaha kita untuk ke jalan Allah ni, haish. Malunya akak rasa. Lembik sangat. Manja apatah lagi. Susah payah sikit je. Bukan kena berperang ke apa kan. Hmm. Sikitnyaa usaha kita ni.”

Humaira tunduk merenung karpet. Hatinya bagai dijentik rasa sebak. Tidak tahu kenapa. Mungkin merasakan sedikit sahaja usaha yang dia korbankan di jalan dakwah dan tarbiyah ini.

“Bukannya buku itu tak penting sayang. Penting. Dalam kita berdakwah, kita kena juga beri contoh yang baik kepada orang lain. Kalau pelajaran kita kecundang, orang susah nak percaya pada kita. Takut perkara tu jadi fitnah pula dalam dakwah kita. Nanti orang fikir, ‘Eleh, dia tu cakap je lebih. Konon nak tunjuk perkara baik tapi belajar tah ke mana’. Haa. Ingat. Setiap apa yang kita buat, kita bawa nama Islam. Sebab tu lah, belajar nombor satu, tapi dakwah dan tarbiyah bukan nombor dua.

Macam yang akak cakap tadi, jangan berkira tentang masa. Ingatlah. Kita milik Allah. Masa yang kita gunakan ini juga adalah pinjaman daripada Allah kan sayang. So, buat apa kita berkira dengan masa. Kalau kita berkira, sebab kita nak belajar kita tak nak datang bulatan gembira, tak nak datang majlis-majlis ilmu, kita yakin ke waktu yang kita tak datang tu, kita dapat focus dan apa yang kita belajar betul-betul kita dapat hadam dalam diri kita masa tu? Ingat sayang. Ilmu pun dari Allah. Kalau kita berkira untuk luangkan masa di jalan Allah, macam mana kalau Allah berkira untuk bagi ilmu pada kita? Haa.. kan rugi tu?”

Tangan Amni ditepuk perlahan.

“Jangan risau. Masa yang kita spend kat jalan Allah tu, Allah akan gantikan balik pada kita. InshaAllah. Kadang-kadang, apa yang kita baca dalam satu atau dua jam tak masuk apa pun. Tapi bila kita tak berkira masa dengan Allah, Allah pasti akan tolong. Kadang-kadang, dalam 15 minit, kita boleh hadam apa yang biasanya kita baca dalam satu jam tau. Seriously, rasa dipermudahkan sangat waktu tu. Allah pun dah mention dalam Al-Quran. Dalam Surah Muhammad ayat yang ke 7, 

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” 

Jadi, kenapa kita nak ragu-ragu lagi dalam dakwah dan tarbiyah ni?”

“Subhanallah,” itu sahaja yang keluar dari bibir Amni.

“Tapi kan dik, jangan pula fikir, ‘Ala.. nantilah lepas usrah aku belajar. Kak Humaira cakap nanti Allah akan ganti balik masa aku. Tak apa lah. Tak payah belajar. Belajar last minute pun tak apa’. Haaa. Kalau macam tu akak pulak yang akan dipersalahkan kat sana nanti.”

Humaira ketawa.

“Kita kena bijak dalam menguruskan masa dan menjaga masa kita. Kalau dah tahu malam tu ada ceramah ke, usrah ke, siang tu kita dah belajar awal-awal. Kalau tak sempat habiskan, kita sambung lepas tu. Dalam 10 muwasofat tarbiyyah pun ada sifat teratur urusannya dan menjaga masa kan? Haa. Nampak tak sebenarnya kita tengah mentarbiyah diri kita tanpa sedar.

Tapi andai kata hati Amni kuat untuk tetap belajar waktu tu, Amni teruskan. jangan ragu-ragu. mungkin waktu lain Amni boleh join jugak. Belajar pun salah satu jihad kita di jalan Allah. Yang pernting niat kita. Ikut kata hati kita supaya kita lebih focus"

Senyum.

“Rasanya adik akak dah faham kan? Hmm. Ada lagi satu bonus. nanti bila Amni ada masa, Amni tadabburlah surah Al-Inshirah ya. Lepas tu baru Amni tahu kenapa akak relatekan surah ni dengan apa yang kita bincangkan sekarang”

Angkat-angkat kening.

“In sha Allah, kak. Jazakillahu khairan kathira ya ukhti.”

Amni memeluk naqibahnya. Sungguh dia bersyukur dikurniakan teman untuk dia bersembang iman dan tempat rujukan. Ah! Indahnya ukhuwah kerana Allah!

Sebelum mereka melangkah keluar, Humaira memegang tangan Amni.

“Ingat, selalulah tajdid niat. Buat sesuatu kerana Allah, untuk mendapatkan keredhaan Allah, ya?”



-KETENANGAN-


"Kemudian apabila Engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya." (Surah Ali-'Imraan:159)


No comments:

Post a Comment