Friday, September 20, 2013

Logam dan telur ayam


Bismillahirrahmanirrahim..

ditulis dengan rasa rendah diri kerana saya hanyalah manusia biasa dan bukanlah pelajar yang mengambil jurusan agama di universiti. tapi saya cuba untuk berkongsi apa yang saya dapat supaya kita dapat rasa kebasahan celupan agama Allah yang menenangkan hati ini. *senyum

“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baik juga dia ketika Islam, sekiranya mereka faham” (Bukhari dan Muslim)

Hadith ni pernah jugak kakak usrah bagitahu. Tapi masa tu tak kupas sangat. And then masa pergi daurah ISK (Ini Sejarah Kita) a few weeks ago, barulah dia kupas and dalami hadith ni. okay. Daripada hadith ni, kenapa disebutkan manusia itu ibarat logam?

Kalau kita belajar dalam chemistry, metal iaitu logam kan ada banyak jenis, dan setiap jenis tu ada kelebihannya sendiri. Setiap satu logam ni ada nilainya dan boleh dibentuk untuk digunakan mengikut tujuan dalam kehidupan sekarang. Dan logam ni saling melengkapi antara satu sama lain bila ada chemical bonding dan sebagainya. Okay. Sekarang bukan nak belajar chemistry ya. Tapi nak relate logam dengan manusia ni, sama juga lah macam kita manusia, setiap manusia Allah jadikan ada kelebihannya masing-masing. Dan kelebihan yang manusia ada ni boleh dimanfaatkan untuk orang lain juga. Cuma, manusia sendiri yang kena cari logam dia, cari kelebihan dia. Hmmm. Apa kelebihan kita? *angkat kening sikit

Baiknya dia ketika jahiliyyah, baik juga dia ketika di dalam Islam pula apa maksudnya?
Sebagai contoh mudah, mungkin kita ada bakat melukis, dan masa tu kita selalu lukis kartun-kartun macam doraemon, sin chan, naruto, barbie, hagemaru dan sebagainya. Tapi bila kita sedar bahawa kita perlu sumbangkan sesuatu untuk Islam, kita gunakan bakat melukis kita tu untuk melukis komik yang diselitkan dakwah di dalamnya. Lukisan-lukisan kita tak lain hanya sebagai tazkirah kepada orang lain.

Contoh dalam kisah sahabat Rasulullah SAW, Saidina Umar Al Khattab RA. Semasa jahiliyyah beliau terkenal dengan sifatnya yang garang, keras, dan kuat malah kelebihannya itu digunakan untuk menghalang dakwah menyebarkan Islam ketika itu. Tetapi apabila beliau telah memeluk Islam, kelebihannya itu digunakan untuk menyebarkan Islam malah dia digeruni oleh musuh-musuh Islam kerana sifatnya yang garang itu.

Sekiranya mereka faham?

Haa. Sekiranya kita faham, kita akan gunakan kelebihan kita itu ke arah kebaikan, untuk berdakwah kepada orang lain. Mungkin dulu kita suka tulis blog yang menceritakan mak jemah belakang rumah pakai kereta warna apa, tapi sekarang kita tukar gaya penulisan dengan menceritakan tentang bagaimana memupuk sifat suka bersedekah. Sebab kita faham yang lebih baik kita gunakan blog tu untuk berdakwah dan sebagainya.

Macam dulu kita buat berbisnes dan kita jual baju-baju tak cukup kain. Lepas kita berubah, mungkin kita boleh gunakan kelebihan itu dengan menjual baju-baju longgar dan tudung-tudung labuh kepada muslimah. Sebab kita faham lebih baik kita menjual pakaian yang menutup aurat dna meberikan harga murah kepada muslimah sekaligus mungkin dapat menambah akaun pahal kita sebagai bekalan ke kampong akhirat nanti.


telur putih akan membekalkan nutrien dan bekalan-bekalan yang diperlukan telur kuning untuk membentuk anak ayam sebelum telur itu menetas. kiranya, dari telur kuning tulah akan terhasilnya anak ayam yang comel lote. 

apa kaitannya?

secara analoginya, telur kuning menggambarkan kita sebagai manusia. dan telur putih menggambarkan logam yang ada dalam diri kita. jika manusia dibekalkan logam yang secukupnya dan logam itu digunakan dalam diri, maka akan terhasil lah produk yang bermanfaat dan comel lote jugok.

Ni ulasan dari apa yang saya dapat dan fahami. Maaf salah dan silap serta segala kekurangan kerana saya pun masih belajar lagi. mari kita cari logam kita dan gunakan untuk menyebarkan ke-awesome-an Islam jom!

1 comment:

  1. Yang aku dpt time isk dulu, org yg mendapat tarbiyah akan berada di kawasan kuning mempunyai kelebihan2 tertentu dan ditugaskan utk menarik masyarakat (putih) utk masuk ke kawasan kuning.

    ReplyDelete