Thursday, February 14, 2013

Ada Apa Dengan "Valentine Day"?

bismillahirahmanirrahim..

Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

berdasarkan hadis di atas ni, jelaslah bahawa Islam menggalakkan kasih sayang sesama saudara dalam kehidupan kita. TAPI! bukan bermaksud kita boleh berkasih sayang sewenang-wenangnya tanpa ambil berat tentang syariat dan batas-batas yang dah ditetapkan dalam Islam. 

Ada apa dengan Valentine Day?

macam yang kita dah sedia tahu, Valentine Day disambut untuk memperingati kekasih, buah hati pengarang jantung, dan sewaktu dengannya. tapi sedarlah wahai manusia yang beragama Islam, bahawa Hari Valentine ni adalah haram untuk kita menyambutnya.

"Ehh. ye je kau? asal pulak??"

Ahaa. cuba kita cari kenapa wujudnya Hari Valentine ni. *selak buku.

tak tahu lah buku mana yang ada tulis pasal ni. internet kan hadoo. guna jari pun boleh gituuu.

Ahaaa. semalam aku ada pergi talk mengenai Valentine Day ni. menurut ustaz tersebut, (berdasarkan kajian dan siasatan terperinci dia) Valentine Day mempunyai sejarah dia tersendiri. tapi banyak pendapat mengenai sejarah untuk hari tersebut. 

Pendapat Pertama:
Ada seorang paderi yang bernama ST. Valentine yang hidup pada abad ke-3 Masihi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.. dia ini dibenci oleh Maharaja Kalaudis II ni sebab dia ni seorang paderi yang kuat pegangannya agamanya. dia juga banyak menarik orang kepada agama Nasrani atau Kristian. jadi dia telah dijatuhkan hukuman mati oleh Maharaja tersebut. maka muncullah Valentine Day ni sebagai hari memperingati jasa paderi ini dalam memperjuangkan agama mereka ini.

Pendapat Kedua:
Maharaja berfikir bahawa orang yang belum berkahwin lebih hebat dalam peperangan berbanding orang yang sudah berkeluarga. jadi Maharaja ini tidak membenarkan perkahwinan ketika itu. tetapi St. Valentine ini tetap melangsungkan perkahwinan secara senyap-senyap di gereja. bila maharaja ni dapat tahu, dia memenjarakan paderi tersebut..

ketika di dalam penjara, paderi ini jatuh cinta kepada anak gadis salah seorang pegawai penjara tersebut.. dan sebelum dia dihukum mati, paderi ini telah mengirimkan surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From Your Valentine". maka terjadilah Hari Valentine ini sempena memperingati kisah cinta yang sedih antara paderi dan gadis tersebut

Pendapat Ketiga:
Ada yang meceritakan tentang cara mereka menyambut hari Valentine ini. terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana pemuda desa akan berkumpul di pertengahan bulan Februari pada setiap tahun. mereka menulis seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu.

ada juga yang mengatakan Valentine Day ini disambut sempena kejatuhan empayar Islam di Sepanyol ke atas penguasaan Rom.

"Dah jelas tak??"

Ahaaa. terang lagi bersuluh, Hari Valentine ini berkaitan dengan agama Nasrani atau Kristian yang memang bertentangan dengan ajaran agama Islam kita. kalau hang dok sibuk nak sambut Valentine ni, serupalah macam hang nak merayakan kejatuhan Islam dulu, serupalah hang menyokong para pendeta Nasrani ni.. dapat dakk?

Kita berkasih sayang bukan hanya untuk sehari, tetapi sepanjang masa. ukhwah antara muslim mestilah dijaga tanpa mengira orang tu rapat atau tak dengan kita. dan Islam tidak mengajar kita untuk melebihkan cinta sebelum perkahwinan. dan hakikatnya, ketika Hari Valentine ini, ramai remaja Islam yang bergelumang dosa dan sanggup berzina sempena "Hari Memperingati Kekasih" ini. Dimanakah letak malu sebagai perisai iman kita?? 

acara Valentine juga diadakan dalam bentuk pesta dan huru hara. kini ada juga pihak yang menawarkan pakej-pakej murah di hotel-hotel sempena Hari Valentine ini. kebanyakan mereka menyambut hari ini dengan pembaziran dan acara yang bergelumang dengan maksiat dan dosa. tak takutkah anda pada Allah yang Maha Kuasa?

"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Isra':27)

"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah AL Anfal:63)

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

janganlah jadikan diri kita seperti orang yang tidak berakal, menurut saja keadaan sekeliling dan tidak takut kepada Allah.. agenda Valentine Day ni sungguh, tak lain tak bukan untuk memperdayakan umat Islam kita sendiri.  banyak lagi cara untuk kita tunjukkan kasih sayang kita pada orang lain. tak perlu tunggu hari-hari tertentu je. 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu." (surah Al Baqarah:120)

Allah tak melarang kita berkasih sayang, tapi biarlah dengan berlandaskan syariat dan melalui hubungan yang halal. biarlah kita menyayangi seseorang itu kerana Allah. tak sayang namanya kalau orang tu ajak kita ke neraka hoi! dan ingatlah wahai mawar agama dan pemuda Islam sekalian,

Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut. (Riwayat Abu Daud)

Islam agama yang suci. jangan kita mencemarkan kesuciannya. Rahmat Allah terbentang luas di bumi ni. tak perlu kejar cinta yang sementara kerana cinta Allah sentiasa ada untuk kita. lebih baik kita kejar dan cari cinta Allah yang hakiki daripada cinta manusia yang belum tentu kekal untuk kita. sungguh, yakinlah, Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

"Katakanlah (Muhammad): Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya dosa-dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyayang." (surah Ali-Imran:31)

sekian perkongsian untuk hari ini. yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. wallahualam.

SAY NO TO VALENTINE DAY!




sincerely, mardhatillah seeker





2 comments: