"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)
Ya. Mungkin Allah timpakan ujian pada kita untuk menjadikan kita bertambah kuat. Dia berikan ujian supaya kita ingat padaNya. Dia berikan ujian untuk kita kembali padaNya. Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.
Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Ujian itu diberi bukanlah untuk meyakiti, tetapi diberi agar kita mengerti bahawa Allah itu merindui dan menyayangi kita, diberi agar kita mengerti bahawa Allah mahu kita kembali ke jalanNya, diberi agar kita mengerti bahawa Dialah satu-satunya penawar kepada segala kesedihan dan kesakitan. Sesungguhnya kepada Dialah kita berharap dan bergantung dan Dia jua lah yg mengetahui segala sesuatu apa yg baik dan buruk bagi kita. Dialah sebaik-baik perancang.
“Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.” (2:286)
Ada satu kisah mengenai seorang guru dan anak
muridnya. Guru itu meminta anak muridnya membawa secawan air kosong dan
memasukkan segenggam kopi ke dalam cawan tersebut. Lalu guru tersebut menyuruh
anak muridnya minum air yang telah bercampur dengan serbuk kopi itu. Lalu dia
bertanya kepada anak muridnya..
“bagaimana rasa air itu?”
“erk… pahit sangatlah cikgu!”
Lalu guru tersebut mengambil sebaldi air kosong dan
mencampakkan segenggam kopi ke dalam baldi tersebut.. dan guru itu pun menyuruh
anak muridnya minum air dari dalam baldi yang telah dicampur dengan serbuk kopi
ittu.
“bagaimana pula rasanya?”
“tawar cikgu.. tak rasa apa,”
“Haa.. macam tu lah manusia. Kopi itu diibaratkan
seperti UJIAN. Manakala bekas yang diisikan air kosong itu diibaratkan seperti
JIWA kita. Yang membezakan hanyalah SAIZnya. Jikalau jiwa kita kecil, pasti
ujian yang datang akan dirasakan pahit sangat hingga sukar untuk kita
menelannya. Tetapi, jikalau jiwa kita besar, ketika datangnya ujian dalam hidup
kita, pasti kita akan tetap teguh dan tabah menghadapinya. Haaaa. Lagi satu,
kalau nak air kopi tu rasa sedap, kita cari gula kan? Jadi, kalau kita nak
selesaikan ujian kita, nak mencari hikmah di sebalik ujian tersebut, carilah
kemanisan iman. Barulah kita akan rasa tenang dengan apa yang kita hadapi dan
redha dengan qada’ yang telah Allah tentukan.”
setiap ujian yang Allah turun kan, pasti adalah untuk mengajar kita menjadi yang lebih baik. janganlah kita memandang ringan tentang setiap yang terjadi. jadikan sebagai pengajaran dan ambil iktibar. mungkin kalau kita tak menemui ujian tersebut, kita tak jadi macam diri kita yang sekarang ni.
"Allah won't give you more than you can bear. He might let you bend, but He won't let you break"
"Allah is showing His love through the tests that He has given to you"
"And hold fast to the rope of Allah. all f you together, and do not be devided, and remember Allah's favour on you... (3:103)"
"We plotted and planned, and Allah too planned. and the best planner is Allah. (3:54)"
percayalah. setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. berabarlah. kuatkan mujahadah dalam diri. sentiasa muhasabah. carilah ilmu Allah. ingatlah Dia selalu. dan kamu mesti akan berasa tenang. mungkin Allah mahu kamu kembali kepada Dia, kerana kamu dah terlalu jauh dan Dia rindukan rintihan kamu.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia takkan biarkan hamba yang Dia kasihi terus membinasakan diri. Allah sentiasa memberi kita hidayah. cuma kita aja yang perlu CARI. ya. cari hidayah Allah. kerana hidayah Allah itu pasti ada di jalan orang yang mencarinya.
"Life is too beautiful to be sad all the time. Learn to appreciate and always be thankful for everything that Allah has given you."
sincerely, pencari Mardhatillah.
No comments:
Post a Comment