Sunday, September 9, 2012

everything happens for a reason..

bismillahirahmanirrahim..

sekarang ni tengah sibuk fikir pasal results mid sem yang totally tak memberansangkan. huhh. aku admit aku malas belajar masa mid sem exam tu. tapi aku redha sebab aku tahu cuma tu je yang aku layak dapat. nak menyesal pun dah terlambat kan? alhamdulillah. i still have a chance for the final semester. insyaAllah. i'll try my best. everything happens for a reason. kadang-kadang ada orang yang mengeluh sebab dah banyak dia usaha, tapi dia tak dapat macam apa yang dia nak. kadang-kadang ada jugak yang mengalah dan kata "alah. aku memang tak pandai. belajar macam mana sekalipun tetap tak pandai". kadang-kadang ada juga yang selesa dengan kedudukan dia sekarang ni. hm. sebenarnya, kita tak boleh fikir macam tu. mungkin nanti kita akan mengalah, mungkin nanti kita akan berhenti berusaha. dear friends, you have to think positive on whatever happens in your life. kalau kita tak dapat result yang gempak macam kita nak walaupun kita dah berusaha, kita semak balik diri kita, aku dah cukup ke usaha? aku dah cukup ke belajar? ada tak aku tawakkal? ya. tawakkal. bila kita tawakkal pada Dia, insyaAllah.. apa yang terjadi pada kita, itu lah yang terbaik untuk diri kita. kalau kita tak dapat result gempak, mungkin Allah tak bagi sebab dia tak nak kita riak. mungkin Allah tak bagi sebab dia suruh kita usaha. and kalau kita dapat apa yang kita nak, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. jangan lupa jugak, semua tu pinjaman daripada Allah sahaja tau. whatever it is, tanamkan niat dalam hati, aku belajar kerana nak mencari ilmu Allah. bukan semata-mata nak result yang gempak semata-mata. insyaAllah. semoga usaha kita diberkatiNya. ingat. Allah tak lihat hasil, tapi Allah lihat usaha kita. bismillahitawakkaltua'lallah :)

No comments:

Post a Comment