Saturday, December 8, 2012

Ujian tanda kasih sayang Allah

          Cemburu tanda sayang? Ahaa. Itu bila manusia sayang dengan manusia yang lain. Bila Allah sayang kita, macam mana pulak? Tanda Allah sayangkan kita adalah dengan menimpakan ujian ke atas kita. Ya. Ujian. Ujian yang Allah datangkan kepada kita adalah dalam pelbagai bentuk. Ujian nikmat, mahupun musibah. Kita sebagai hambaNya pula perlulah menguatkan hati kita dan berlapang dada menerima ujian yang telah Dia berikan, itu salah satu cara untuk kita juga mencintaiNya.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)

Ya. Mungkin Allah timpakan ujian pada kita untuk menjadikan kita bertambah kuat. Dia berikan ujian supaya kita ingat padaNya. Dia berikan ujian untuk kita kembali padaNya. Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN. 

Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” (HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Ujian itu diberi bukanlah untuk meyakiti, tetapi diberi agar kita mengerti bahawa Allah itu merindui dan menyayangi kita, diberi agar kita mengerti bahawa Allah mahu kita kembali ke jalanNya, diberi agar kita mengerti bahawa Dialah satu-satunya penawar kepada segala kesedihan dan kesakitan. Sesungguhnya kepada Dialah kita berharap dan bergantung dan Dia jua lah yg mengetahui segala sesuatu apa yg baik dan buruk bagi kita. Dialah sebaik-baik perancang.


“Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya.” (2:286)


Ada satu kisah mengenai seorang guru dan anak muridnya. Guru itu meminta anak muridnya membawa secawan air kosong dan memasukkan segenggam kopi ke dalam cawan tersebut. Lalu guru tersebut menyuruh anak muridnya minum air yang telah bercampur dengan serbuk kopi itu. Lalu dia bertanya kepada anak muridnya..

“bagaimana rasa air itu?”

“erk… pahit sangatlah cikgu!”

Lalu guru tersebut mengambil sebaldi air kosong dan mencampakkan segenggam kopi ke dalam baldi tersebut.. dan guru itu pun menyuruh anak muridnya minum air dari dalam baldi yang telah dicampur dengan serbuk kopi ittu.

“bagaimana pula rasanya?”

“tawar cikgu.. tak rasa apa,”

“Haa.. macam tu lah manusia. Kopi itu diibaratkan seperti UJIAN. Manakala bekas yang diisikan air kosong itu diibaratkan seperti JIWA kita. Yang membezakan hanyalah SAIZnya. Jikalau jiwa kita kecil, pasti ujian yang datang akan dirasakan pahit sangat hingga sukar untuk kita menelannya. Tetapi, jikalau jiwa kita besar, ketika datangnya ujian dalam hidup kita, pasti kita akan tetap teguh dan tabah menghadapinya. Haaaa. Lagi satu, kalau nak air kopi tu rasa sedap, kita cari gula kan? Jadi, kalau kita nak selesaikan ujian kita, nak mencari hikmah di sebalik ujian tersebut, carilah kemanisan iman. Barulah kita akan rasa tenang dengan apa yang kita hadapi dan redha dengan qada’ yang telah Allah tentukan.




setiap ujian yang Allah turun kan, pasti adalah untuk mengajar kita menjadi yang lebih baik. janganlah kita memandang ringan tentang setiap yang terjadi. jadikan sebagai pengajaran dan ambil iktibar. mungkin kalau kita tak menemui ujian tersebut, kita tak jadi macam diri kita yang sekarang ni. 



"Allah won't give you more than you can bear. He might let you bend, but He won't let you break"

"Allah is showing His love through the tests that He has given to you"

"And hold fast to the rope of Allah. all f you together, and do not be devided, and remember Allah's favour on you... (3:103)"

"We plotted and planned, and Allah too planned. and the best planner is Allah. (3:54)"

percayalah. setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. berabarlah. kuatkan mujahadah dalam diri. sentiasa muhasabah. carilah ilmu Allah. ingatlah Dia selalu. dan kamu mesti akan berasa tenang. mungkin Allah mahu kamu kembali kepada Dia, kerana kamu dah terlalu jauh dan Dia rindukan rintihan kamu.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia takkan biarkan hamba yang Dia kasihi terus membinasakan diri. Allah sentiasa memberi kita hidayah. cuma kita aja yang perlu CARI. ya. cari hidayah Allah. kerana hidayah Allah itu pasti ada di jalan orang yang mencarinya.



Ucapkanlah Alhamdulillah setiap kali menerima ujian. dan beristighfarlah untuk mendapatkan ketenangan. hati kita milik Allah. so, mintalah pada Allah supaya diberi kekuatan pada hati kita. Allah sayang kamu. carilah cinta Allah dan redha Allah.

"Life is too beautiful to be sad all the time. Learn to appreciate and always be thankful for everything that Allah has given you."


sincerely, pencari Mardhatillah.


Sunday, September 9, 2012

everything happens for a reason..

bismillahirahmanirrahim..

sekarang ni tengah sibuk fikir pasal results mid sem yang totally tak memberansangkan. huhh. aku admit aku malas belajar masa mid sem exam tu. tapi aku redha sebab aku tahu cuma tu je yang aku layak dapat. nak menyesal pun dah terlambat kan? alhamdulillah. i still have a chance for the final semester. insyaAllah. i'll try my best. everything happens for a reason. kadang-kadang ada orang yang mengeluh sebab dah banyak dia usaha, tapi dia tak dapat macam apa yang dia nak. kadang-kadang ada jugak yang mengalah dan kata "alah. aku memang tak pandai. belajar macam mana sekalipun tetap tak pandai". kadang-kadang ada juga yang selesa dengan kedudukan dia sekarang ni. hm. sebenarnya, kita tak boleh fikir macam tu. mungkin nanti kita akan mengalah, mungkin nanti kita akan berhenti berusaha. dear friends, you have to think positive on whatever happens in your life. kalau kita tak dapat result yang gempak macam kita nak walaupun kita dah berusaha, kita semak balik diri kita, aku dah cukup ke usaha? aku dah cukup ke belajar? ada tak aku tawakkal? ya. tawakkal. bila kita tawakkal pada Dia, insyaAllah.. apa yang terjadi pada kita, itu lah yang terbaik untuk diri kita. kalau kita tak dapat result gempak, mungkin Allah tak bagi sebab dia tak nak kita riak. mungkin Allah tak bagi sebab dia suruh kita usaha. and kalau kita dapat apa yang kita nak, jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. jangan lupa jugak, semua tu pinjaman daripada Allah sahaja tau. whatever it is, tanamkan niat dalam hati, aku belajar kerana nak mencari ilmu Allah. bukan semata-mata nak result yang gempak semata-mata. insyaAllah. semoga usaha kita diberkatiNya. ingat. Allah tak lihat hasil, tapi Allah lihat usaha kita. bismillahitawakkaltua'lallah :)