beberapa minggu yang lepas aku nak ke UIA gombak sebab nak ambil buku dari sorang akak yang baik hati dan comel kat sana. *kalau dia baca ni mesti dia tengah senyum2. hehe. aku pergi dengan bestfriend aku. okay. something happened masa aku on the way ke sana. seriously aku tak pernah terfikir pun akan jadi macam tu. sedih. sedih. T_T
nak ke gombak memang lah kena naik lrt. stesen yang laaaasssttt sekali pulak tu. kalau dok dalam lrt tu boleh bangun tidur sepuluh kali baru sampai. kay. tu over. hah. nak habak mai ni. masa masuk tu, ternampak lah ada kakak tu duduk atas kerusi roda. tapi dia membelakangkan aku. eh. eh. sebelah dia ada dua orang mamat
dengan hati yang lapang walaupun dalam lrt yang sempit dengan ramai makhluk Allah, aku melontarkan
kay. ni dah mula kisah sedih. sila sediakan tisu. krik krik -.-
lepas tu baru aku perasan, beg aku dah tak ada!! arghh! guane ni?
tak. bukan tu ceritanya.
ehem. *betulkan spec. masa tu aku pandang je akak tu. dia pakai kerusi roda yang dia boleh control sendiri pakai remote kat tangan. (tak tahu nak explain mcm mana). so maybe sebab tu lah dia sorang je. sebenarnya kat sini tujuan aku bukan nak cakap psl kehebatan kerusi roda tu. tapi nak cerita tentang kagumnya aku dengan akak tu..
masa tu dah tak ramai dalam lrt tu. aku pandang je akak tu. hati aku terus tersentuh. kenapa? sebab tengok keadaan akak tu. muka dia nampak macam dalam lingkungan 30 lebih. tapi badan dia macam budak kecil umur 3 tahun. rasanya lebih kecil dari tu kot. kaki dia mungkin tak kuat, sebab tu dia tak boleh jalan. cuma tangan dia je yang boleh dia guna. tu pun tangan dia kecil sangat. kesian sangat tengok keadaan dia. hati aku tersentuh. and aku sedar. selama ni aku dah jadi manusia yang kurang syukurnya.
compare diri aku dengan akak tu, aku dikurniakan fizikal yang lebih sempurna. tapi aku still rasa rendah diri. sebab apa? kalau siapa yang kenal aku, mestilah korang tahu yang aku ni tak tinggi mana pun. 150+ cm je. padahal adik beradik aku yang lain semua tinggi tinggi. cuma aku sorang je yang terlain. maybe aku dpt recessive allele agaknya. ehh. dah masuk biologi plak. kay. kalau orang yang tak kenal aku mesti kekadang diaorang expect aku ni macam budak form 3. kekadang ada jugak makhluk Allah yang ejek ejek aku pendek, perli dan sebagainya. sebab tu lah aku rasa rendah diri. rasa mcm sedih kekadang. tapi aku tak pernah lah marah. tak pernah pulak aku mempersoalkan kejadian Allah. aku bersyukur. cukuplah aku diberi fizikal yang sempurna. tapi satu yang aku tak suka adalah bila aku mula sedih dan rendah hati. tu pun menunjukkan macam aku ni kurang bersyukur. *tersentak!
aku kagum dengan akak tu. boleh survive sorang sorang. walau keadaan dia mcm tu, dia tetap menjaga auratnya. memang tabik spriiinngg lah kat beliau. sebab perempuan yang sempurna pun belum tentu nak tutup aurat sesempurna akak tu walaupun akak tu dilahirkan tak sesempurna wanita yang sempurna. Ahaa!
secondly, aku tak nampak pun akak tu sedih, murung atau sebagainya. and masa tu aku rasa, belum tentu aku akan sekuat dia, hidup berdikari selama tu, kalau aku kat tempat dia. belum tentu aku akan redha terima diri aku kalau aku kat tempat dia. belum tentu. belum tentu. sebab aku tahu aku tak kuat. ya Allah. rasa bersyukur sangat masa tu. sebab Allah dah cukup beri aku nikmat kesihatan, fizikal, kaki dan tangan yang berfungsi dengan baik, walaupun bukan aku minta untuk diberi semuanya. Allah tu Maha Pemurah kan? Alhamdulillah.
masa tu aku cuba muhasabah diri. kalau aku susah, ada lagi orang yang lebiiihh susah dari aku. aku terfikir. akak ni hidup sensorang ke? kenapa takde siapa yang temankan dia. masa tu air mata ni nak mengalir dah. aku pandang je akak tu. and then, aku terkejut! sebab akak tu pandang aku balik dan senyum. ehee. maybe dia perasan aku dok perhati dia dari tadi kot. ehem. akak tu
"nak pergi mana dik?"
"nak ke gombak kak, jumpa kawan.. akak nak ke mana?"
"akak nak ke seri rampai. jumpa kawan jugak." akak tu senyum lagi. nampak ceria je muka dia. Allah.
"akak sorang je ke?"
"ye dik. dah biasa dah. pergi mana-mana akak selalu sorang je," akak tu senyum lagi. memang senyuman dia tak lekang dari wajah. subhanallah.
air mata dah nak start keluar dah. aku tahan. kang pelik pulak akak tu tengok aku tetiba nangis. gaya macam dia baru lepas marah aku pulak kan. aku tunduk je. masa tu perasaan bercampur baur. and then kawan aku tegur aku. so aku borak borak lah dengan dia. rupanya dia pun rasa perkara yang sama. kagum. dengan akak tu.
stesen yang akak tu nak pergi lagi awal dari stesen aku. gombak kan yang lassst sekali. so akak tu yang turun dulu. masa tu agak risau jugak lah. jauh ke tak rumah kawan dia tu dari stesen lrt tu. hmm. aku nampak lepas terbukanya pintu lrt tu, ada seseorang yang dah tunggu dia kat situ. hati aku tersentak lagi! kenapa? sebab kawan dia pun senasib dengan dia. tapi kawan dia takde tangan sebelah kiri.. dan kedua-dua kaki pun tak sempurna. Allah. kuatnya mereka. aku kagum dengan kuatnya hati mereka. masa tu aku rasa aku lagi kecil berbanding mereka. rasa kerdil sangat. masa tu aku rasa mereka lebih sempurna berbanding aku.
bukan aku nak cakap yang aku ni baik ke tak. bukan. aku rasa aku belum lagi jadi hambaNya yang bersyukur. dan Allah pertemukan aku dengan akak tu untuk menyedarkan aku. ada yang lebih susah dari aku, tapi dia bersyukur. ada yang dilahirkan tak sempurna, tapi dia bersyukur. tepuk dada, tanya diri sendiri. bersyukurkah kita?
buat muslimah pula, adakah kita rasa diri kita dah cukup sempurna hingga tak perlu tunaikan kewajipan menutup aurat dengan sempurna? kalau jumpa orang lain, walaupun kita tak kenal, tua ke muda, adakah kita senyum sekurang-kurangnya, macam akak tu? tapi jangan pulak bila hang jumpa lelaki, hang nak senyum meleret sampai boleh meleset-leset. -.-"
tengok diri kita. Allah dah cukup beri kita fizikal yang sempurna, tangan, kaki, mata, hidung, lubang hidung, telinga, yang cukup. kejadian Allah tu cantik dan unik sangat.
Maha Suci Nama TuhanMu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan (Ar-Rahman : 78)
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?
memang benarlah bahawa, syukur itu lebih sukar berbanding sabar. kita boleh bersabar bila diuji, tapi belum tentu kita bersyukur dengan ujian tu, belum tentu kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. belajarlah untuk bersyukur, walau mendapat nikmat yang sedikit. belajarlah untuk bersyukur, setiap kali diberi peluang untuk bernafas lagi. belajarlah untuk bersyukur, bila walaupun ketika diuji. setiap yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim:7)
"Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak." (HR Ahmad)
semoga kita dapat menjadi hambaNya yang benar-benar redha dan bersyukur atas nikmat kurniaanNya yang sangatlah bernilai..