Bismillahirrahmanirrahim..
Ahaa. Hari ni merupakan hari yang membuatkan banyak jantung yang meronta ronta untuk keluar dan berkompang kompang dalam dada ramai hamba Allah. Ye. Tarikh yang sama juga seperti setahun yang lalu. Tapi masa tu aku tak rasa pape. Dan tak tahu kenapa. Maybe sebab pepagi tu dah dapat tahu result dulu sebelum pergi sekolah lagi melalui mesej. Alhamdulillah. aku bersyukur sangat kerana Allah berikan rezeki yang melebihi dari usaha aku sendiri masa tu. Alhamdulillah. A lurus berjaya aku tawankan lagi.
Kat sini bukan nak habaq pasal result aku. Tapi nak pesan kat adik2 semua *kay. Rasa macam dah tua. Jaga diri, jaga iman, jaga amal, dan jaga HATI. apa pun yang kita dapat hari ni, semua adalah rezeki daripada Allah.
Tak semestinya tak straight A tak boleh berjaya. Ramai je lagi kawan eden yang tak straight, tapi sekarang dah futher study kat oversea lagi. And aku jugak yang kat malaysia ni. Ahaaa. Sebenarnya, semua tu adalah rezeki Allah. Percayalah. Setiap yang Allah berikan pada kita adalah terbaik. Dulu rasa macam sedih bila tengok kengkawan lain yang tak straight tapi boleh further study kat tempat2 best, macam yang aku nak. Tapi bila fikir balik, siapalah aku untuk mempersoalkan itu semua? Seriously, aturan Allah tu paling terbaik. Berlapang dada dan bersangka baiklah dengan setiap takdir yang Allah dah tetapkan. Belajar untuk bersyukur.
Kay. Sebenarnya bukan pasal result yang aku nak tekankan sangat kali ni. Lagipun aku tak dapat nak luang banyak masa sekarang untuk update pepanjang. Rehat kata pergi, mid sem exam kata mari. Tapi aku cuba jugak untuk luangkan masa sikit, untuk pesan kat adik2 yang akak sayang kerana Allah, in sha Allah. Jagalah diri semua. Jaga iman dan amal. Tu yang penting. Kenapa?
Jujur kat sini akak cakap, rasa macam nak putar balik masa, nak duduk kat tempat di mana kaki baru keluar dari dewan peperiksaan. Dan nak betulkan silap2 yang dulu. Bukan nak mengaibkan diri sendiri. Tapi cukuplah sebagai tauladan pada semua. Hm. Sebab akak tak nak adik2 semua buat perkara yang sama dan menyesal macam akok ni ha.
Rasa macam tua sangat pulak biasakan diri ni akok. Haha. Kay. Bila dah lepas SPM ni, tak tipu, yang kita akan rasa nak cuba semua perkara. Dan masa tu banyak benda yang berubah. Sebab kita mula berpijak atas kaki sendiri. Dah takde cikgu nak guide lagi. Kalau kat asrama, dah takde pengawas, dah takde kawan nak ajak berjemaah lagi macam dulu. Bila kat rumah akan laaaagi banyak dugaan untuk kita istiqamah dalam beribadat. Dan akak, mengaku masa tu kalah dengan
godaan dunia ni. *nangis.
Adik2, bagi yang duduk kat asrama,kalau dekat sekolah dulu kita selalu berjemaah dengan kengkawan, tapi kat rumah tak selalu dapat berjemaah cukup 5 waktu macam dulu. Kalau kat sekolah selalu baca al Quran reramai, kat rumah mesti makin berat dan kurang sentuh Al Quran. Kalau kat sekolah kita rajin untuk bangun tahajud, kat rumah mesti kita akan liat untuk bangun macam dulu. Kenapa? Sebab kita rasa perjuangan kita dah berakhir. SPM dah habis, so tak payah struggle lagi. Tapi kita lupa, ujian yang lebih besar kita belum amek lagi, iaitu di mana bermulanya ujian kita ketika di alam kubur nanti. Cukup ke amalan kita untuk bantu kita jawab soalan tu semua nanti? Tepuk sejadah, tanya bila last time jumpa.
Macam akak, lepas SPM akak terus kerja. Sibuk sangat kerja, carik duit, sampai kurang masa akak luangkan untuk Allah. Kalau dulu kat sekolah kengkawan ajak solat sunat sesama lepas isyak kat surau, tapi kat rumah bila balik kerja akak cuma buat yang wajib dan tak paksa diri masa tu untuk buat yang sunat jugak. Tak paksa diri. Akak kalah dengan hasutan syaitan yang kata "Alah. Kau kan penat. Pergilah rehat" akak kalah dengan syaitan yang kata " Al Quran tu baca lain kali je. Malaskanlah diri kau. Malaslah. Malaslah." Ingat. Syaitan itu licik!
Jangan berhenti untuk mujahadah walau kita dah habis SPM, walau kita rasa penat bila bekerja, bg yang buat part time lah kan. Walau kita berdiri untuk berjuang lawan nafsu sensorang, jangan mengalah. Teruskanlah bermujahadah dan istiqamah dalam ibadat kita. Perbaiki yang wajib dan perbanyakkan yang sunat. Ingat, walau kita rasa lemah, Allah ada untuk menguatkan. Berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita dan kuatkan iman kita untuk terus berada di jalan Allah. Sentiasa muhasabah diri. Jaga iman dan amal.
Okay. Dan sekarang akak nak pesan, bila lepas SPM ni mesti ramai yang rasa dah besar, dah dewasa, dah boleh cari makwe cari pakwe woi! Salah adik. Salah. Jauhkanlah diri dari tu semua. Akak pasti semua dah tahu perkara tu. Jangan lah kita menghampiri zina dik. Tak perlu terikut dengan orang lain. Orang nak ada pasangan, kita pun nak jugak. Heh. Tak perlu tu semua. Seriously membuang masa tenaga duit dan fikiran je dengan tu semua. Sebab belum tentu kita akan bersama orang tu sampai nikah nanti. Bila terputus kat tgh2, tak ke rasa rugi masa tu? Orang akan bagi janji pum pang pum pang, tapi seriously, dia takkan buat pun nanti. Kalau ada pun, heh. Pasti sangat ke dengan janji dia tu? Seseorang tu mungkin akan berkorban macam2 untuk kita. Buat perkara yg terbaik untuk kita, konon sayang, tapi nanti dia akan penat dan stop. Sebab apa? itulah tipu daya dunia ni. Nmpk manis, tapi pahit bagai hempedu. Ecewah.
Sibukkan diri dengan kebaikan, supaya kita tak de masa untuk kemaksiatan. Penuhi hari kita dengan ilmu. Sekarang ni semua senang. Banyak ceramah2 kat tv, kat internet, yang kita boleh jadikan medium untuk tambahkan ilmu kita. Cuma nak dengan tak nak je. So kenalah paksa diri. Jangan manja sangat. Nanti iman pun akan lemah longlai. Yang lelaki, cubalah jinakkan diri ke masjid. Jangan ingat kat sekolah je perlu semua tu. Sentiasa tarbiyah diri kita. Jangan tinggalkan tarbiyah tu. Penting. Laik siriesli.
And lastly, jangan lupa berdoa. Berdoa pada Allah supaya kita diberi petunjuk untuk buat pilihan yang betul. Nanti masa nak isi UPU, jangan lupa buat istikharah dulu. Minta petunjuk Allah supaya kita pilih universiti dan course yang betul. Semoga Allah berikan yang terbaik. Ingat. Rezeki Allah, aturan takdir Allah, semua yang terbaik untuk kita. Berusahalah selagi mampu. Pilih tempat yg boleh jadi tiket untuk kehidupan kita satu hari nanti. Tempat yang baik, tempat yang sentiasa mengingat kan kita pada Allah. Seperti hati yang baik, hati yang sentiasa mengingati Allah. Okay. Akak ulang. Jangan lupa buat solat istikharah dan pilihlah tempat yang boleh jadi tiket untuk kita berjaya di dunia dan akhirat. Memana tempat pun sama je. Asalkan kita istiqamah dalam kebaikan, tempat yang biasa2 tu pun akan jadi luar biasa bagi kita.
Sorry kalau point akak ni macam tak clear sangat. Otak sebenarnya tengah fikir exam ni. Hihi. Okay. Ingatlah Allah sentiasa dengan kita. Takutlah berbuat dosa sepertimana kita takut dicampakkan ke dalam api neraka. Dunia ni penuh dengan tipu daya. Nampak je manis. Tapi pahit sangat. Ingatlah. Bermujahadah lah melawan nafsu dan godaan dunia. Memang susah. Tapi sebenarnya manis sangat bila kita buka hati untuk rasa kemanisannya. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
Dunia bukan tempat berehat, tapi tempat untuk kita bekerja, mengumpulkan bekalan sebelum kita pulang ke kampung akhirat kita. Di sanalah baru kita boleh berehat. Sabar. Kejap je. Seriously. Kejap sangat berbanding kat sana. Tanamlah banyak2 pokok amalan supaya kita dapat nikmati buah pahala di akhirat nanti.